Menemani 'sikecil Haikal yang istimewa' bermain air. Manakala kami hanya basah-basahkan kaki sahaja.
Anakanda Haikal cukup obses dengan air. Selagi tidak disuruh naik, biarpun sudah merah mata, sampai ketar-ketar bibirnya, makin seronok dia berendam. Tak apalah, asalkan dia gembira, kami pun turut gembira.
Air adalah khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Ia juga adalah sumber kehidupan.
"..dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (al-anbiya': 30)
Semoga air bersih akan sentiasa 'hidup' untuk kita semua nikmati..
2 comments:
Harap2 orang Selangor dan KL dah dapat air.
Kesian mereka.
hehehe takpe asal dia bahagia, dia gembira kita pun gembira... nasibla ustaz bukan di selangor atau kl kalau tak payahla... kami ni menunggu bila lah nak ada air ni
Post a Comment