Sahabat Sejati

Monday 30 September 2019

Syukur mengikat nikmat

Saya akur dengan ketentuan-Nya. Tidak sekelumit pun terlintas di hati saya untuk tidak mensyukuri nikmat-Nya. Tidak sekali-kali. Sesungguhnya Allah terlalu melimpah-ruah pemberian-Nya, tidak pernah habis, tidak pernah berkurang.

Saya merenung pada diri...mata yang dapat melihat, telinga yang boleh mendengar, mulut yang petah berkata-kata, sepasang tangan yang memudahkan melakukan kerja serta kaki yang menghayun langkah bergerak bebas ke sana ke mari. Bukankah semua itu anugerah yang sangat berharga, wahai empunya diri...

Saya memerhati...pada mereka yang kurang bernasib baik. Ada yang cacat penglihatan, ada yang cacat pendengaran, ada yang tempang tidak cukup kaki dan tangan. Ahh..betapa bahagianya diri ini dilahirkan dalam keadaan sempurna, cukup anggota dan pancaindera. Tidak seperti mereka yang kekurangan itu.

Tidak cukup dengan itu saya melihat Allah mengurniakan pula dunia yang sarat dengan isinya. Air, udara, sinar matahari, tumbuh-tumbuhan beraneka, haiwan yang berbagai jenis. Semuanya dilimpahkan oleh Allah kepada sesiapa sahaja, tanpa berkira dan tanpa perlu membayarnya. Sedangkan ini semua tidak pernah dipinta dalam munajat doa. Bukankah semua ini perlu disyukuri, wahai pemilik mata hati...

Bagaimana jika setiap udara yang disedut perlu dibayar...
Bagaimana jika setiap sinar matahari yang dinikmati perlu dibayar...
Bagaimana jika setiap titis hujan yang turun ke bumi perlu dibayar...
Bagaimana setiap isi alam yang diambil manfaatnya perlu dibayar...

Mampukah kita...

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (ar-Rahman: 13)

4 comments:

raihanah said...

thanks peringatan

norhidana said...

betul tu ustaz, bersyukurlah kita... kadang terkhilaf juga diri ini, tapi sentiasa ingat semula itu rezeki orang, itu dugaan orang... mewah atau miskin bukan kita yang tentukan.

AtieYusof said...

Banyak sgt nikmat yg Allah berikan secara percuma.. itu pun kdg kita tidak bersyukur.. takut sgt.. semua rezeki dr-NYA.. masing2 dah di tetapkan..:)

Ustaz Amirul said...

semua benda yang ade disekeliling kita adalah nikmat. sebagai hamba kita perlu bersyukur dengan kurniaan tuhan...

terima kasih sudi berkongsi peringatan yg baik ni..

Post a Comment