Sahabat Sejati

Tuesday, 24 September 2019

Buat pembakar semangat..

Oh, sudah agak lama juga saya tidak membeli buku. Seingatnya, lebih 5 bulan saya tidak melayani kegemaran saya itu. Jika sebelum ini, semestinya menjadi rutin setiap bulan saya membeli 4 atau 5 buah buku, tidak termasuk beberapa buah majalah kegemaran.

Namun, seperti yang telah saya nyatakan tadi, dalam tempoh tersebut tiada buku baru yang mengisi ruang di rak perpustakaan peribadi saya. Tentunya ini suatu yang amat mendukacitakan. Ternyata saya menjadi tidak keruan dan gelisah kerananya.

Bukanlah kerana sekarang ini banyak kedapatan bahan bacaan dalam bentuk e-book yang mudah didapati di laman sosial yang menyebabkan saya tidak membeli buku. Sebenarnya saya bukanlah seorang peminat bahan bacaan dalam bentuk e-book namun tidaklah pula menolaknya. Ada juga jarang-jarang sekali saya menatap e-book, terutama e-book buku-buku lama ataupun yang telah tiada ulang cetak. Namun demikian, bahan bacaan berbentuk fizikal tetap menjadi pilihan utama. 

Lalu pada hari kelmarin, dalam perjalanan ke pejabat YAMCP, saya memaksa diri untuk singgah sebentar di sebuah toko buku milik sahabat saya. Hajat di hati mahu melihat-lihat buku dan membelinya jika ada yang berkenan. Maklumlah, sudah lama benar tidak membeli buku baru, mudah-mudahan ia menjadi pembakar semangat yang telah malap.

Teringat dulu-dulu. Jika ada pesta buku di mana-mana, maka 'rabaklah' poket saya. Memilih buku-buku yang menarik sehingga tidak sedar berhabis beratus ringgit. Itulah saya, terlalu lemah di hadapan kedai buku. Kalau boleh semua buku nak dibeli.

Saya pernah menulis, dua tempat yang saya baca Au`udzubillah, iaitu ketika memasuki tandas dan KEDAI BUKU, kerana ketika keluar dari KEDAI BUKU saya jadi manusia fakir tetapi penuh kepuasan dengan buku yang dibeli.” 

Bahkan, saya tidaklah kisah untuk berbelanja ‘lebih sedikit’ kerana setiap sen yang dilaburkan adalah dengan niat untuk mencari ilmu, kebaikan, motivasi, panduan dan sebagainya. Dan saya yakin ia memang berbaloi dalam mencari erti hidup agar hari ini lebih baik daripada semalam.

Akhir dalam beringat, 2 buah buku menjadi pilihan. Kalau diikut tidak cukup lagi. tapi sabar dahulu. 

"Cukup bulan nanti kita datang lagi," bisik saya kepada teman halusinasi diri.

"Baiklah, janji.." telinga saya seperti didengungkan suara bicara 'teman' itu. 

Buku 1: IMAN DAN KEHIDUPAN


Buku IMAN DAN KEHIDUPAN ini adalah terjemahan dari kitab asal berbahasa Arab "al-Iman Wa al-Hayat" hasil karangan Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, seorang tokoh dakwah antarabangsa dan ulama kontemporari yang sangat produktif. Buku ini diterbitkan - cetakan pertama adalah pada tahun 1985.

Tajuk: IMAN DAN KEHIDUPAN
Penulis: Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi
Terjemahan: Fachruddin HS
Edit Semula: Redaksi Dewan Pustaka Fajar
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar
Muka surat: 323
 

  Buku 2: MEMBURU REDHA ALLAH


Buku ini kombinasi artikel ilmiah dan info grafik yang memudahkan kita mengambil poin penting daripada subjek yang dikemukakan. Secara keseluruhannya buku ini memberi jawapan betapa kita memerlukan redha Allah SWT dalam kehidupan ini. Redha Allah SWT perlu diraih dan dimiliki melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja. Ia tidak sahaja terhenti dalam amal ibadat rutin seperti solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Sebaliknya kita dituntut mendapatkan redha Allah SWT dalam setiap aktiviti termasuk ekonomi dan politik. 

Tajuk: Memburu Redha Allah
Penulis: Nasrudin bin Hassan & Wan Hamidah binti Wan Daud
Penerbit: Maju Demi Ummah Enterprise
Muka surat: 250

#Bi iznillah, akan menghadamnya..

6 comments:

Warisan Petani said...

membaca dapat menambahkan ilmu kita.
Ilmu dunia dan ilmu akhirat juga.
selamat membaca.

norhidana said...

minat kita sama, sya suka membaca... kalau sampai di kedai buku selain dari buku saya, kadang membeli buku bacaan atau aktiviti buat aiyan pun saya dah rasa seronok sangat. Selalu lepas gaji mmg wajib ke kedai buku.

A m m i said...

membaca memang kesukaan tetapi bahan bacaan konsep macam ni sangat menguji keimanan sy yg takat celah2 kuku je ni. cepatnya rasa bosan bila baca buku macam ni.

semoga sy dpt banyak manfaat dr blog tuan.

Hayati Suki said...

masa bujang dulu memang suka sangat baca buku sebab tak ada aktiviti lain kan. tp bila dah anak 3 ni, time baca buku sebelum tidur je la. tp tak lama la, terus buku baca kita.. huhu

paridah said...

ralit membaca buku kan...kak dah kurang membaca buku tebal sbb badan sakit n tangan xkuat nk pegang buku.

Normala Saad said...

Assalamualikum Abu.
Kak dulu pun kaki buku. Pilihan ialah novel thriller, misteri dan penyiasatan. Tapi bila umur melanjut minat ini menjadi pudar secara beransur. Ada novel yg beli tapi tak berbaca pun. Dulu siap bangun tengah malam sambung baca...

Post a Comment