Sahabat Sejati

Sunday, 27 January 2019

Alhamdulillah, masih sempat bersiaran..

foto hiasan

Assalamualaikum. Bertemu kembali di alam maya ini. Janji saya kepada sahabat-sahabat maya untuk bertemu setiap hari masih tidak mampu untuk ditunaikan. Apabila lama tidak bersiaran,  maknanya lama jugalah tidak mencoret.   

Selama seminggu menyepikan diri, sebenarnya saya bersama sahabat-sahabat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang berusaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Perpaduan Karakit di Sabah. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpahan belas kasih-Nya telah mempermudahkan urusan-urusan berkaitan usaha ini. Bantuan pertama telah pun diserahkan kepada pihak Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah untuk diuruskan. 

Insya-Allah, bantuan seterusnya akan menyusul dalam masa terdekat. Doakanlah agar apa yang kami usahakan ini beroleh kemudahan dan keberkatan. Sememangnya, doa dan kata-kata semangat daripada sahabat semua amat ditagih untuk kami terus kuat dan ikhlas melakukan kerja-kerja kebajikan ini. 

Dalam kesibukan mengumpul dana untuk Sabah, tidak lupa pihak YAMCP telah menyalurkan kembali bantuan kepada mangsa gempa dan tsunami di Palu Sulawesi. Beberapa orang AJK yang mewakili pihak YAMCP membawa bantuan ke sana untuk kali ketiga. 

Selama 5 hari berkampung di sana berbagai-bagai kerja kebajikan telah terlaksana. Dia antaranya menyampaikan sumbangan makanan, membina masjid darurat, membina penempatan sementara dan lain-lain.  

Kelmarin ada pertanyaan mengenai bantuan kepada pelarian Syria. Umum mengetahui apa yang telah berlaku di sana yang menimpa rakyat Syria. Keadaan menjadi agak kritikal kerana di antara November sehingga Februari adalah musim sejuk.

Oh ya, sudah lama kami tidak menghulur bantuan kepada rakyat Syria, ekoran sudah banyak NGO yang menggerakkan bantuan ke sana. Bantuan yang kami hantar dahulu di kem pelarian Syria di Hatay Turki. Untuk yang ini ada saranan untuk masuk ke kem pelarian di Lubnan. 

Entahlah, katanya kem pelarian di Lubnan ini dikawal oleh pihak syiah. Jika itu benar, memang tidak akanlah ke Lubnan. Mencari nahas namanya. Dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan, keselamatan adalah keutamaan. Apa pun, tunggulah keputusannya nanti.

3 comments:

paridah said...

Assalam moga ustaz sekeluarga sihat sejahtera n Allah permudahkan urusan YAMP menghulurkan bantuan kpd mrk yang memerlukan.

Normala Saad said...

Assalamualaikum Abu.
Kagum dengan kerja amal yang Abu lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia disamping keluarga.

Etuza said...

Subahanallah..ustaz sesungguhnya terpilih dalam mengurus bantuan amal ini. Allah limpahkan pahala ke atas keluarga ustaz ya

Post a Comment