"Azam tahun ini mahu melunaskan azam tahun lalu." Tukas saya sambil tersenyum.
Lalu kami sama-sama ketawa. Lagaknya ada sesuatu yang lucu pada jawapan yang saya suakan.
Di antara azam saya pada tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya ialah mencoret setiap hari di pondok kecil abuikhwan ini. Paling tidak pun satu hari mesti ada satu coretan yang ditumpahkan di dada pondok abuikhwan ini. Ya, itulah di antara impian (azam) saya disamping azam-azam yang lain.
Namun, melihat kondisi yang berlaku, nampaknya azam tersebut hanya tinggal azam. Hakikatnya saya masih tidak mampu mengotakan apa yang saya mahu. Benar, mahu yang masih tidak mampu.
Kesibukan yang mencapai tahap tepu yang benar-benar tidak saya jangkakan di awal tahun 2019 ini. Urusan ini, urusan itu dan bermacam-macam perkara yang berlaku.
Termasuk juga beberapa musibah yang menjengah tanpa diduga. Hampir-hampir juga saya terduduk kerana asakannya. Tetapi, tidak mengapalah. Moga semuanya menjadi kaffarah atas apa jua kesilapan yang dilakukan.
Setiap musibah yang berlaku adalah ruang masa untuk berfikir dan bermuhasabah. Ia adalah isyarat rasa cinta Allah kepada manusia. Namun itu semua tidak mungkin kita nikmati andainya kita tidak memikirkan dengan hikmah dan mata hati.
Boleh jadi sedikit musibah dan ujian yang mencelah-mencelah di sebalik nikmat kehidupan yang panjang adalah pengikis karat-karat dosa yang menumpuk di dinding jiwa. Semoga ianya tidak dibalas di akhirat kelak kerana telah redha di dunia ini.
Moga begitu hendaknya..
Boleh jadi sedikit musibah dan ujian yang mencelah-mencelah di sebalik nikmat kehidupan yang panjang adalah pengikis karat-karat dosa yang menumpuk di dinding jiwa. Semoga ianya tidak dibalas di akhirat kelak kerana telah redha di dunia ini.
Moga begitu hendaknya..
1 comments:
Inshaallah apa juga niat yang baik adalah azam kita..
Post a Comment