Semakin usia menginjak dewasa, semakin saya rasakan hidup ini satu nikmat dan anugerah yang tidak terperi. Ada waktu-waktunya saya berkata kepada diri, sekiranya dalam hidup ini ada satu permohonan yang pasti dikabulkan, pasti saya menginginkan agar masa diundurkan kembali. Mahu saya sematkan bilah-bilah masa itu dengan kebaikan yang sememangnya banyak tidak sempat saya lakukan. Sememangnya masa itu nikmat yang tidak terperi.
Perasaan itu semakin berlebihan saya rasakan tatkala semalam seorang teman mengirimkan sekeping gambar menerusi aplikasi whatsapp. Rupa-rupanya ia adalah gambar ketika kami bersama dua lagi rakan dalam lingkungan usia sekolah rendah.
Tiba-tiba ingatan saya terhimbau kepada sesuatu yang telah lama saya lupakan. Sudah jauh jarak masa yang telah kami lalui. Simpang-siur dugaan dan mehnah kehidupan yang mendatang, tetapi di dalamnya ada pelajaran yang sentiasa mematangkan. Menambah perisa kesedihan, dua rakan kami itu telah lama terputus hubungan. Entah apa khabarnya ketika ini.
Saya telah pun terlupa akan saat kami berempat bergandingan tangan di atas bahu, bergaya di hadapan lensa kamera. Tersenyum menanti punat kamera ditekan dan kerlipan cahaya 'flash' yang menyilau mata. Jika tidak kerana teman itu mengutuskannya, seakan saya tidak menyedari kewujudan gambar tersebut. Kerana teman itu, saya bagaikan diasak bertalu-talu agar merista kenangan yang mulai pudar. Satu persatu kenangan lama saya sematkan di benak memori.
Sekiranya masa itu..
2 comments:
Sejak ada WA group memang kita kerap dibawa menerawang ketika zaman tak mengenal erti susah dan ceria selalu. Waktu itu tak adalah kes culik-cilik, ragut-ragus dsb. Kita happy nak main tepi jalan pun tak ada rasa takut.
ASSALAM DIK USTAZ MOGA SJHTRA SEKELUARGA...KENANGAN MANIS JIKA TERIMBAU KAN MAIN SUKAHATI TAPI JIKA PAHIT INGIN MENGULANGI UTK MEMBETULKAN KESILAPANNYA KALAU BOLEH HEH..HEH..
Post a Comment