Sahabat Sejati

Tuesday, 12 April 2016

Semoga ianya selesai dengan baik..


Almarhum Syeikh Ahmed Deedat dan Dr Zakir Naik (sumber: FB)
 
Saya sedang asyik menekuni butir bicara Dr Zakir naik menerusi aplikasi youtube. Terpegun dengan kepetahan dalam berhujah dengan non-Muslim menggunakan dalil al-Quran, bible dan kitab agama hindu. Kepetahannya mengingatkan saya kepada seorang lagi susuk tubuh yang menggunakan method dakwah yang sama, iaitu almarhum Syeikh Ahmed Deedat, yang juga merupakan guru kepada Dr Zakir Naik.

Ketika artikel ini ditulis, Dr Zakir Naik telah pun berada di Malaysia dalam siri jelajah dakwahnya. Namun, sedikit insiden memalukan apabila beberapa siri ceramahnya telah dibatalkan oleh pihak polis atas alasan boleh mengganggu ketenteraman awam. Saya menonton klip video kenyataan ketua polis negara berkenaan pembatalan ceramah tersebut. Pelik juga! Sedangkan beliau adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Antarabangsa 1435H/2013M, yang mana anugerah tersebut telah disampaikan oleh yang di-Pertuan Agong.

Secara peribadinya saya agak kesal dengan apa yang berlaku. Walaupun tidak semua siri ceramahnya dibatalkan, (ada beberapa negeri membenarkan) tetapi rasa sangat pelik. Anugerah tokoh dapat, tetapi ceramah tidak dibenarkan! Jika artis dari luar negara boleh pula dibawa masuk dengan mudah, mengapa seorang pendakwah pula menjadi sebaliknya. Saya teringat berapa ramai artis luar yang mengadakan konsert di sini tanpa ada persoalan ia boleh mengganggu ketenteraman awam.  


Dr Zakir Naik seorang yang baik dan sangat cemerlang di bidangnya. Inilah masanya untuk kita sambut baik kedatangannya. Di negara India, daripada 1.3 billion keseluruhan rakyatnya komposisi agama dapat dibahagikan kepada Hindu 79.8%, Islam 14.2%, 6% lagi Kristian dan lain-lain. Di sana, kerajaan India (Hindu) boleh membenarkan Dr Zakir Naik membuka stesen TV sendiri, buat pelbagai kerja dakwah, berbincang secara terbuka dengan orang yang beragama Hindu? Tidak pula kerajaannya berasa terancam atau berasa ianya menyentuh sensitiviti masyarakat kaum Hindu. 

Tapi sebaliknya berlaku di Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. Ditambah lagi dengan gelaran 'setan' yang diberikan kepada Dr Zakir Naik oleh salah seorang ahli politik bukan Islam menambah perisa dalam isu ini. Apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

3 comments:

paridah said...

Assalam ...moga ada jln penyelesaian yg terbaik...ulama kan pewaris nabi berbanding kita siapalah. seorang ulama sehebat Dr.Zakir Naik xlayak kita menolak kehadirannya yg membawa sinaran ilmu Islam demi kebaikan bersama.

Kakzakie Purvit said...

Menuju kehancuran! Sedih dan marah memang bersarang pada hati-hati kita tapi apa daya upaya kita sebagai org bawahan. Bukan dakwah dibawa itu bercanggah. Kakak pun terkilan sama. Kita tunggulah kesudahannya. Bila ada yg mengapi-apikan hal akan bertambah besar. Entahlah AI. Kadang buntu tengok keadaan tanahair kita sekarang ni. Allahuakbar!!

iryantyismail said...

assalamualaikum saudara..

betul tu saudara ..yan juga agak terkejut dengan kata2 orang pada dr zakir..

sedangkan dinegara non muslim..dr zakir diterima baik kedatangannya

Post a Comment