Sahabat Sejati

Monday, 25 April 2016

"Nasib baik" tanda banyaknya nikmat Allah

 Foto hiasan (Lokasi: Jeti bot Kuala Tahan)

Firman Allah SWT: 
“Dan diberikannya kepadamu semua (sumber keperluanmu) yang kamu mohonkan. Sekiranya kamu (cuba menghitung) kurniaan Allah, maka tidak akan terhitung olehmu (berapa jumlahnya). Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan ingkar (tidak mensyukuri nikmat Allah).” (Ibrahim: 34) 

Terlalu banyak nikmat yang Allah SWT berikan, sama ada kita sedar atau lalai. Nikmat yang mendatang, juga nikmat yang sedia ada. Tidak mampu untuk kita menghitungnya kerana tidak akan susut jika cuba dihitung. Analogi mudah, tanda tidak habis nikmat Allah ialah dengan adanya perkataan ‘nasib baik’. 

“Dia tu ‘eksiden’ nasib baik tak apa-apa.” 

Kalau patah tangan, “nasib baik patah sebelah tangan, kalau dua-dua tak boleh nak buat kerja.” 

Kalau patah kedua-dua tangan, “nasib baik patah tangan, kaki tak patah kalau tidak.....” 

Kalau patah kaki dan tangan, “nasib baik kepala tak apa-apa...” 

Kalau lagi teruk, “si anu eksiden, nasib baik hidup lagi kalau tidak siapa nak jaga anaknya. Tengok pada kereta memang tak ada harapan.” 

Kalau dah mati, “nasib baik mati, kalau hidup tentu susah orang nak menjaganya.” 

Lihat! Mati pun masih nasib baik lagi. 

Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya dan tidak ternilai harganya. Walaupun sebelah mata yang buta, ia tidak dapat diganti dengan beribu-ribu ringgit. Begitu juga dengan anggota badan yang lain, nikmat akal dan fikiran yang dengannya kita dapat memanfaatkan isi alam yang terbentang luas ini. Oleh itu kita wajib bersyukur kepada Allah atas nikmat yang melimpah ruah ini, lebih-lebih lagi bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman. 

Thank you Allah, atas nikmat Islam dan Iman yang tidak ternilai harganya sekalipun dibanding dengan dunia dan seluruh isinya.

8 comments:

Nor Azimah Ali said...

Masya Allah, begitu baiknya Allah pada kita hambaNya, cuma kiya yg selalu lalai hingga selalu lupa utk bersyukur,trmkasih atas ingatan yg menyentuh hati.

Nor Azimah Ali said...

Masya Allah, begitu baiknya Allah pada kita hambaNya, cuma kiya yg selalu lalai hingga selalu lupa utk bersyukur,trmkasih atas ingatan yg menyentuh hati.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nikmat yg mana hendak didustakan..
Betapa luasnya nikmat Allah berikan..
Semoga kita menjadi hambaNya yg selalu bersyukur..

Kakzakie Purvit said...

Eh... kakak rasa kakak pernah buat entri tajuk yg sama dan lebih kurang sama berkaitan accident juga. Itulah kita selalu kata 'nasib baik'.

abuikhwan said...

Salam nor azimah..benar banyak nikmat Allah dqn baiknya Dia kpd kita..cuma kdg2 kita yg lalai dn lupa akan hakikat ini. Peringtan kpd semua terutama diri saya yg naif ini..

abuikhwan said...

Salam norhayati, aminn ya Rabb..luasnya nikmat dan rahmat-Nya..tiada alasan utk kita melanggar perintah-Nya..peringatan utk diri saya..

abuikhwan said...

Salam kakzakie..lebih kurang sama..pengalaman yg sama barangkali..

sebenarnya n3 ini adalh ringkasan n3 lama saya (2011 kalu tak silap) Ia adalah pngalaman benar saya dan beberapa rakan dlm satu program dakwah. Dlm perjalanan kami hampir ditimpa kemalangan. Alhamdulillah, taqdir Allah kami terselamat. Itu yg tercetus 'nasib baik'

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sht walafiat adanya.
mensukuri nikmat Allah justeru sentiasa bernasib baik dlm apa keadaan yg dilalui.

Post a Comment