'Rumah sahabat di Kg Padang'
Hari ini baru ternampak sang mentari malu-malu memunculkan diri. Dapatlah seketika mengeringkan kain di jemuran atau pun membawa keluarga keluar bersiar-siar. Kalau tidak hari cuti begini, cuma dapat terperuk di rumah sambil menongkat dagu di jendela memerhati hujan yang turun.
Dua hari hujan turun di tempat saya, tetapi hujan tidaklah terus-menerus lebat, adakalanya renyai-renyai kemudian lebat semula. Bimbang juga di hati jika hujan berterusan tanpa henti, ada kemungkinan air akan naik. Ada kata-kata yang tidak berapa enak didengar, katanya: “Jika bah tahun ini, air akan berwarna merah.” Ya, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Dalam pada hati tetap redha dengan ketentuan.
Tiga, empat hari yang lalu daerah Jerantut dilanda banjir kilat, kemudian diikuti pula dengan daerah Raub. Saya mendapat laporan mengenai banjir di kedua-dua daerah tersebut melalui aplikasi ‘whatsapp group’ Amal Pahang. Alhamdulillah, petugas Amal di kedua-dua daerah telah memantau keadaan tersebut dan bersedia untuk membantu jika keadaan memerlukan.
Malam tadi pula beberapa tempat di daerah Kuantan dinaiki air tetapi tidaklah berapa serius. Saya melihat di dalam gambar yang dihantar, air yang memasuki rumah berwarna merah. Sebabnya, semua sudah boleh mengagak. Tidak perlulah saya nyatakan. Kasihan kepada mangsa yang terlibat. Nasib rakyat marhein. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada mereka semua.
##Sedih, petisyen hentikan perlombongan bauksit ditolak...
3 comments:
Assalamualaikum saudara...hah petisyen ditolak. Kenapa???
Agak orang atas dah diberi sesuatu kot
Salam yan,
Entahlah...tapi itulah nasib rakyat marhein...
Semoga banjir yang melanda tahun lepas takkan berulang kembali....kesian pada yg terlibat.
Post a Comment