Sahabat Sejati

Wednesday 25 November 2015

25 November 2015: Penyerahan petisyen rakyat Kuantan ke Parlimen berkenaan perlombongan bauksit

Hari ini penyerahan petisyen rakyat Kuantan ke Parlimen, memohon kuasa Parlimen agar aktiviti perlombongan bauksit dihentikan serta-merta sehinggalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dikeluarkan. Berulang-kali tegaskan bahawa kami tidak membantah aktiviti perlombongan bauksit, tetapi bantahan kami kepada pencemaran alam, keselamatan pengguna jalanraya yang lain dan sebagainya.   














Tetapi akhirnya, petisyen yang membawa suara rakyat Kuantan telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dengan alasan terdapat kesilapan teknikal pada petisyen. Apa boleh buat, berhadapan dengan golongan yang memiliki kuasa, menggelek luka, digelek pun luka. Nampaknya terpaksalah rakyat Kuantan menghidu lagi debu bauksit serta berhadapan dengan lori dan treler bauksit yang bermaharajalela di atas jalan raya.

Namun, perjuangan tetap diteruskan.  

3 comments:

paridah said...

assalam...petisyen rakyat marhaen tidak bermakna pada mrk yg berkuasa yg mengangap rakyat bawahan golongan yg xcerdik sekadar silap teknik saja dh boleh rejek...berdoalah kita banyak2 sbb doa mrk yg teraniaya kan makbul.

iryantyismail said...

assalamualaikum saudara...arap2 ada jalan penyelesaian..amin

Kakzakie Purvit said...

Inilah dunia yang penuh dengan sandiwara AI.
Sungguh kita terlalu kerdil di mata mereka yg berkuasa.
Tapi percayalah malaikat Allah tidak pernah leka dalam melaksanakan tanggungjawab yg telah Allah berikan.

Allahuakbar!!

Post a Comment