Semakin jasad rakus dimamah usia, semakin berkurang keinginan untuk menelaah dan membaca. Sedangkan itulah yang menjadi makanan harian ketika bergulat di medan tempur menuntut ilmu suatu ketika dahulu.
Deretan majmu` yang beraneka warna tersusun rapi di dalam rak bagaikan hanya bernafsu menjadi santapan anak mata. Namun sulit mahu mengundang rasa 'iman' membelek-belek helaiannya. Apatah lagi mahu diam sebentar duduk menghadam isi kandungannya.
Masa semakin pantas bergulir. Apakah aku mula dihinggapi penyakit malas membaca di saat usia mula menginjak senja? Allahu rabbi, hamba-Mu berlindung daripada sesuatu yang demikian...
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (Riwayat Abu Dawud)
2 comments:
assalam...lakukan dgn giat apa yg kita sukai tika usia msh muda, pabila masa berlalu kdg kita xpunya kesempatan lagi kerana faktor keupayaan diri...hendak membaca, beribadat terlalu banyk n konsisten pun sudah xdaya lagi...kesihatan diri sering terganggu n kita xpasti apa nasib kita keesokannya..
Terasa bagaikan kena batang hidung kakak ni AI. Sebab itu salah satu cara yg kakak buat sekarang ni, kakak akan paksa membaca sikit pada buku yg lama tertutup. Hadith kakak buat giliran membaca setiap hari anak-mama-papa membaca dan dengar sama-sama selepas bebudak balik dari mengaji. Biasa kami buat selepas solat isyak. Kalau tak buat memang ada 'syaiton' yg ajak tengok aje buku itu tersusun...
Post a Comment