Sahabat Sejati

Saturday 17 December 2011

Sejenak bersama Hujjatul Islam...


Tentang celaan orang, mengapa kita mesti takut kepadanya?

Ia tidak akan menambah atau mengurangi kita sesuatu pun, selagi ALLAH tidak menentukan yang demikian itu atas diri kita.

Celaan orang juga tidak akan menyegerakan ajal kita, tidak akan melambatkan rezeki kita dan tidak akan menjadikan kita dari ahli neraka, sekiranya kita memang dari ahli syurga.

Ia tidak akan dapat menjadikan kita dibenci di sisi ALLAH, sekiranya kita memang dipuji di sisi-Nya.

Fikir-fikirkan..................

“Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari-Mu. Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, terimalah permohonan doa kami.”

2 comments:

Ckin Kembaq said...

Bila kena celaan, baru diri tersedar...mungkin ni lah yang dmaksudkan dari firman Allah.

"Adakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji seperti umat sebelum ini?"

p/s : mengingatkan diri...insyaAllah...

Nazihah@Jiha said...

amiin ya rabbal alamiin.
terima kasih atas perkongsian ustaz.

Post a Comment