Sahabat Sejati

Wednesday, 8 February 2017

Sanah Helwah angah Irsalina

'Bersama anakandaku, angah Irsalina'

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat anakandaku, Wan Nur Irsalina (angah) pada hari ini. Seperti insan lain yang digelari bapa, tiadalah doa abi pada usia ini semata mengharapkan moga dirimu sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. Moga anakanda membesar menjadi anak solehah. Moga anakanda menjadi penyejuk mata dan penyenang hati abi dan ummi. 

Duhai anakandaku, sekelian selalu kiranya ingin abimu mengingatkan beberapa kalimat mutiara Luqmanul Hakim kepada anaknya tersayang:
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu: Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu. Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu. Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu. Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa. Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut. Lupakan budi baikmu terhadap orang lain dan lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu."

Ingatlah di sepanjang pelayaran hidupmu, walaupun jasad ayahanda telah bergalang tanah. 

#Tahniah di atas pelantikan sebagai Ketua Usrah (K/U) Lujnah Kebajikan di PPTI. Jalankan tugas dengan jujur dan amanah, jangan salahguna kuasa ye....(senyum)

5 comments:

Nor Azimah said...

Sanah helwah anakanda irsalina, semoga sentiasa jadi anak solehah penyejuk hati ayah bunda. Aminnn

Nor Azimah said...

Sanah helwah anakanda irsalina, semoga sentiasa jadi anak solehah penyejuk hati ayah bunda. Aminnn

LadyBird said...

Semoga anak2 ustaz menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Ameenn..

noradyani ab rahman said...

Sanah helwah ya ukhti jameelah.. Semoga diberkati umurnya, dunia akhirat. Aamin

Normala Saad said...

Selamat Hari Lahir untuk anak dara Abu.

Post a Comment