Sahabat Sejati

Thursday, 13 October 2016

Ketenangan..ketenteraman...

Antara kesenangan dan ketenangan ternyata ketara perbezaannya. Mungkin dengan beberapa lembar ringgit tidak sulit untuk memperolehi kesenangan. Namun belum tentu beroleh ketenangan dan ketenteraman, kerana bukan senang syarat tenang. Manakala jika tenang insya-Allah pasti melahirkan kesenangan. Itulah hakikat yang menjadi dambaan setiap manusia. 

Sebahagian manusia beranggapan bahawa ketenangan itu hanya diperolehi dengan kesenangan, maka berlumba-lumbalah mencari kesenangan, menumpukkan kekayaan, rumah besar, kereta besar, kerjaya yang hebat dan sebagainya. Namun tercapaikah ketenangan. 

Harga ketenangan 

Ketenangan... ketenteraman... amat mahal harganya. Belum tentu diperolehi walaupun berharta dan memiliki segalanya. Oleh itu carilah formula ketenangan yang telah disediakan oleh agama. Pasti mujarab, pasti tidak kecewa. 

Tiada kekuatan apa pun yang mampu menggoyahkan jiwa seseorang yang mendapat curahan rahmat Allah. Tiada kegelapan apa pun yang dapat menyesatkan jiwa yang di dalam lindungan-Nya. 

Tiada keresahan yang mampu merobek jiwa seseorang yang mendapat kasih sayang Allah. 

Sebaliknya hati yang ‘terputus’ dengan tali ikatan Allah amat sulit untuk mengecap tenteramannya kehidupan. Demikianlah jiwa yang gelap tanpa sinar petunjuk-Nya, jalannya berliku dan bergelombang tanpa cahaya kebenaran-Nya. 

“Wahai manusia, kamulah yang faqir dan berkehendak kepada Allah, dan Dialah Allah Yang Maha Kaya (tidak bergantung kepada apa jua pun) lagi Maha Terpuji.” (Al-Fathir: 15).

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kerana ketenteraman dan ketenangan itu tidak boleh dibayar dengan wang. Kalau tak ketenangan dan tenteram agaknya hanya milik org kaya aje.

Maha adilnya Allah buat kita semua.

Normala Saad said...

Betul tu Abu banyak ada perbezaan yang luas dari segi tenang & senang. Kak sendiri sudah alami semenjak berhenti kerja ni. Apalagi kak berhenti secara mengejut & diluar jangkaan family planning. Abang sangat susah hati tapi hati kak lebih tenang kerana tidak payah memikir kesusahan syarikat siang & malam. Walau duit kurang tapi kak dapat menyesuaikan diri. Alhamdulillah sekarang sangat2 happy dirumah. Masih dapat beli pokok macam biasa. Kalau senang tapi hati susah pun tak ada gunanya...

saniah ibrahim said...

Walaupun tak dilimpahi kesenangan,akak bersyukur sangat dapat ketenangan dalam kehidupan yang sederhana ini.

saniah ibrahim said...

Walaupun tak dilimpahi kesenangan,akak bersyukur sangat dapat ketenangan dalam kehidupan yang sederhana ini.

paridah said...

ASSALAM..SEMOGA USTAZ SEKELUARGA SHT SJHRA..KETENTERAMAN N KETENANGAN JIWA MEMUDAHKAN URUSAN DUNIAWI UKHROWI MNGGAPAI IMPIAN APAPUN.

Post a Comment