Sahabat Sejati

Friday, 20 November 2015

Rehat Minda: Pesan Murabbi 47

Salam Jumaat.


Rumahtangga asasnya bukan simen atau batu-bata...
Sebaliknya adalah perempuan yang solehah.

7 comments:

Kakzakie said...

Perempuan/isteri pula kenalah ada bimbingan special dari sang suami baru gandingan bertambah mantap utk berdirinya rumahtangga yg baiti-jannati.

paridah said...

ASSALAM ..PEREMPUAN/ISTERI SOLEHAH ADALAH KEKUATAN SENIBINA KELUARGA TAPI TANPA SUAMI SIAPALAH ISTERI...

saniah ibrahim said...

Assalam,
Betul kata paridah tu tanpa suami siapa lah isteri...bukan kah suami tu pemimpin rumahtangga.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Bunda_nora said...

Perempuan solehah dan lelaki soleh...gabungan dua jiwa ...bertambah erat dan kukuhnya sesebuah institusi keluarga bahagia...

iryanty ahamad said...

assalamualaikum saudara...bagaimana si suami
..adakah tak perlu soleh...
suami kan imam keluarga

abuikhwan said...

Isteri yang solehah, kenderaan yang selamat, rumah yang luas dan jiran yang baik adalah di antara pesanan Rasulullah saw untuk setiap kita. Ianya agar kehidupan kita sentiasa diberkati Tuhan hendaknya, dan menikmati keselesaan dalam setiap takah yang dilalui. Namun, isteri yang solehah sentiasa di tempat PERTAMA.
Pendidikan pertama untuk anak menurut pandangan barat ketika saat kelahiran anak itu, tetapi Islam menyebut, pendidikan awal anak bermula daripada pemilihan isteri. Betapa dekat anak-anak dengan ibu berbanding bapanya. Isteri yang solehah lebih tebal sabarnya berbanding suami yang kurang soleh, tetapi suami yang soleh belum tentu dapat sabar dengan isterinya yang kurang solehah... Demikianlah Islam meletakkan tingginya nilai martabat seorang wanita/isteri.
Di dalam satu riwayat:
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”
Baginda menjawab, “Ibumu!”
Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi saw menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi saw menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi saw menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin Umar bin al-'Ash ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita solehah." (Riwayat Muslim, Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam hadis yang lain disebutkan : "Sesungguhnya dunia ini adalah kenikmatan, dan tidak ada kenikmatan dunia yang lebih baik dari wanita solehah."

Namun tidaklah si suami boleh mengabaikan tanggungjawab kerana masing-masing ada peranan yang perlu dilakukan.

“Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Furqan: 74).



Post a Comment