Sahabat Sejati

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Kareem Munawwar lil-jame' 1436H


Assalamualaikum warahmatullah.

Ramadhan al-Mubarak telah membuka pintunya. Di dalamnya dipenuhi dengan segala rahmat dan kebaikan. Justeru , puji-pujian buat Ilahi yang masih lagi memberikan kesempatan untuk kita memasuki dan menyedut nafas di dalamnya.

Di kesempatan yang terluang ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak kepada semua sahabat pengunjung ‘pondok kecil’ abuikhwan. Marilah kita menghayati erti Ramadhan ini dengan penuh keikhlasan, serta merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai madrasah untuk mentarbiah jiwa bagi memantapkan  keimanan kita kepada-Nya.

Suburkanlah bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Quran, berzikir serta menghidupkan malam-malam dengan ibadah sunat, kerana inilah di antara ciri-ciri orang yang berjaya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya.

Akhir kalam, saya mendoakan agar Allah SWT menerima segala amalan yang kita lakukan dan memilih kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Jangan berpuasa tanpa agama.
Jangan beragama tanpa Tuhan..

Salam Ramadhan 1436H 

4 comments:

iryanty ahamad said...

asalamualaikum saudara :-))

salam ramdhan saudara...terima kasih atas ingatan

Saniah Ahmad said...

salam ramadham dan selamat berpuasa.. moga kita sama2 mengambil peluang pada bulan ni insha Allah,,

paridah said...

ASSALAM...SELAMAT BERPUASA RAMADAN...SEMOGA IBADAH KITA DITERIMA ALLAH...INSYA ALLAH.

Kakzakie said...

Harapan setiap uimmah mahu ibadah yg dilakukan diterima olehNya. Selamat menjalankan ibadah puasa dari kakak.

Johor cuti hari ini boleh banyak sikit bertadarus..

Post a Comment