Sahabat Sejati

Monday 20 June 2011

Entah apa tujuannya



Saya mengambil sedikit tulisan Dr. Asri di dalam laman sesawangnya (Minda Tajdid):

"Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar."

Saya tidak berhasrat membahaskannya dari sudut hukum-hakam, kerana saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakannya. Lagipun telah ramai ahli agama yang memberi perhatian mengenainya.

Tetapi setelah membaca dialog si perempuan tersebut, berbintang-bintang kepala saya memikirkannya.

Kata si perempuan tersebut sambil menangis, "Saya hanya sempat rakam dengan handphone saja."

Masih sempat lagi ke nak merakam? Bagaimana ya? Bukan ke sibuk untuk menyelamatkan diri.

Entahlah.

Saya tidak tahu apa moral karikatur ini.

Mungkin anda ada jawapannya.

Fikir-fikirkanlah.

3 comments:

Nazihah@Jiha said...

mungkin juga 'org' tu nak jdkn bahan lawak,tp tak kena dgn cara.

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh sahabat.kite sebenarnya kurang suka dgn kartun ni tapi jika dibaca secara teliti.ada maksud tersirat.kartun ini seakan-akan menyentuh kes video tergempar baru2 ni.ini kiasan perli secara halusss....lain org lain pemikirannya.lain org lain pandangannya.

abuikhwan said...

"saya sempat rakam dengan handphone saja"

sempat ke seseorang yang dirogol membuat rakaman...itu persoalannya.

Post a Comment