Sahabat Sejati

Friday, 10 December 2010

Saya ada Dia



Pernahkah anda merasa tidak bermaya? Bukan kerana anda tidak sihat tetapi kerana resah dan gelisah, fikiran berkecamuk dan rasa tertekan. Sedangkan anda tidak tahu mengapa.

Saya pernah mengalaminya, lebih-lebih lagi ketika sedang belajar dahulu. Resah dan gelisah, rasa tertekan muncul tanpa sebab yang jelas. Fikiran jadi tak menentu, hinggakan saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Saya rasa tidak mahu bertemu dengan sesiapa, lebih selesa menyendiri berkurung di dalam bilik melayan perasaan yang kosong ini.

Saya hanya terbaring sambil mata memerhati jalur-jalur atap. Radio dipasang untuk meredakan perasaan, tetapi setiap patah perkataan yang keluar dari corong radio bagaikan selumbar yang mencucuk ke dalam jiwa. Saya terasa seperti kehilangan sesuatu, ada ketikanya terasa bagaikan ada satu kerinduan yang mendalam, tetapi entah pada siapa. Hilang semua itu muncul pula perasaan marah, sedih, bimbang dan benci. Apa yang dibuat semua tidak kena. Masa bergerak bagaikan terlalu perlahan. Adakah saya sudah tidak siuman?

Ketika itu saya rasa keseorangan, tiada siapa yang mahu mendengar jeritan hati ini. Tiada siapa yang mahu menarik saya keluar dari kegelapan ini. Tiada siapa yang ingin menghulurkan tangan. Tiada...

"Ahh...kenapa aku begini!" jeritan batin meronta-ronta sendirian, jauh ke dalam.

Saya ada Dia

Saya cuba kembali ke alam nyata, bersikap rasional. Segera saya membelek artikel-artikel tazkirah yang banyak kedapatan di dalam laptop. Saya membaca satu persatu. Saya perlukan kekuatan, hinggalah anak mata saya singgah pada sebaris ayat:

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaff : 16]

"Dan Tuhanmu berfirman, "berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa kamu." (al-Ghafir: 60)

Berulangkali saya membacanya. Terpaku seketika, rupanya saya tidak keseorangan. Saya ada Dia. Benar, Dia yang bersifat dengan lunak dan kasih sayang. Dia yang suka mendengar rintihan. Dia yang tidak jemu menghulur pertolongan. Dia yang amat dekat. Mengapa saya terleka hingga lupa kepada Dia.

Saya mula mencari titik mula. Saya mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Saya mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan saya merasakan hati dan jiwa saya mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.

Semuanya bercahaya kembali, kerana saya ada Dia. Ya! Saya ada Dia.

"Ingatlah! Hanya dengan mengingati Allah sahajalah beroleh ketenteraman hati." (ar-Ra`du: 28)

8 comments:

immukmin said...

yap...akhi...tepat..dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang...terimak kasih...entri yg brguna buat saya...syukran akhi

abuikhwan said...

semoga memberi manfaat

cik cahaya said...

amat manfaat!!

eita said...

semoga kita semua mendapat rahmat dariNya..

||aLeaSaRa|| said...

salam pembuka bicara,dulu tknn hdp kite lg hbt dr rakan sebaya.Khdpn yg pnh dugaan bsilih ganti,tersa brt kaki mlangkah keluar dr kgelapan.Kalau hdk dicerita tdk ckp 1 hr 1 mlm.Di saat tersungkur,ibu tsayang tanpa jemu mengingatkan "Leya,Allah sygkan kamu.Biarlah org lain tak ditimpa mslh spt kamu,ingat satu benda..Allah hanya beri dugaan pd hamba-NYA yg terpilih.Kuatkan semangat mu,ada hikmahnya.Sabar..Tawakal.Redha.....

abuikhwan said...

Mana mungkin kita dapat menolak ujian kerana ujian itu sendiri adalah kehidupan kita. Jika tidak diuji dengan resah dan gelisah mana kita tahu nikmatnya ketenangan. Semoga Allah memberikan kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

Latifah said...

kadang kala diri ini juga merasainya...
memang perit... terasa 'down' tanpa sebab.
Alhamdulillah kerana Dia sentiasa ada..

abuikhwan said...

Ya,Dia sentiasa ada dan tidak menghampakan...

Post a Comment