Pagi ini sempat brisk walk di Tasik Pelindung. Dapat dua pusingan, lebih kurang 5 kilometer, diselang-seli dengan larian perlahan. Biasanya kalau tenaga masih ada, empat atau lima pusingan saya cuba habiskan.
Tapi bila usia makin meningkat, kenalah belajar berpada-pada juga.. he he. Tak perlu mengejar angka sangat. Yang penting badan bergerak dan kita masih mampu melangkah.
Cuaca pagi ini cerah. Jam baru sekitar 8 pagi, bahangnya sudah terasa perit. Penangan El Niño agaknya.
Apa pun, selagi kudrat masih ada, saya cuba kekal konsisten bersenam. Kalau balik awal dari tempat kerja, petang-petang kayuh basikal pula.
Terfikir juga hendak cuba mengayuh selepas Isyak. Tak perlu jauh. Tiga atau empat kilometer pun sudah memadai.
Begitulah.. bila usia semakin bertambah, kita bukan lagi berlumba dengan sesiapa. Cukuplah berlumba dengan diri sendiri, supaya esok masih mampu melakukan apa yang hari ini kita mampu lakukan.
Dua pusingan pun cukuplah. Yang penting, terus bergerak. 😊


8 comments:
5km tu dah ok sangat dah.
Keep it up Ustaz 💪🏻
Umur kita ni nak sihat utk beribadah dgn sempurna antara tujuannya, selain utk tunaikan tanggungjawab harian
ok sgt dah tu! ikut keupayaan masing2 gitu. cuaca semlm dan hari ni sgtlah panas terik kat area gombak ni...
Setuju. Amalan gaya hidup sihat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu keluarkan peluh. Eh, betulkah?
Terbaik konsisten brisk walk kat Tasik Pelindung! Betul tu, umur makin meningkat ni yang penting pergerakan fizikal konsisten. Kerap jalan pagi kat sini ke? Stay hydrated cuaca panas ni!
assalam ustaz afiat tiasa rajin riadah cantik view tasik pelindung
Semoga diberi kesihatan yg berpanjangan... dapat 5 km tu kira banyak dah tu.. btw cantik area tu kalau nak mancing hihii..
Betul ustad. Kita nih dah usia matured 😅. Harus tahu kekurangan diri di mana. Jangan paksa. Yg penting badan ada bergerak.
Kemarin saya temani suami main Padel . Ternyata sempat ada pemain yg pingsan , agaknya Krn jantung. Dia letih sangat nampaknya 😔. Untung ambulance cepat DTG, bisa tertolong lagi
Post a Comment