![]() |
| foto hiasan ~ sumber |
Kata orang, kalau penat menjadi ayah, baliklah rumah mak.
Duduklah sekejap di sisi mak. Biar kita kembali menjadi anak, tempat segala lelah boleh diletakkan.
Tapi kita yang sudah tiada mak.. nak balik ke mana? Rumah masih ada, kenangan masih ada. Namun suara yang bertanya, “Dah makan?” sudah lama tiada.
Kadang-kadang kita tidak rindu apa-apa pun. Kita cuma rindu menjadi anak. Rindu ada tempat untuk bersandar. Rindu suara yang memanggil nama kita.
Rindu seseorang yang melihat kita bukan sebagai ayah yang perlu sentiasa kuat, tetapi sebagai anak yang masih boleh menangis di bahunya.
Dan malam ini, dalam diam, kita mengaku, “Mak.. anak mak penat.”
Namun yang menjawab hanya sunyi.
Moga suatu hari nanti, kita 'bertemu semula'. Dan saat itu, biarlah kita berlari mendapatkan mak sambil berkata:
“Mak.. anak mak balik.”

7 comments:
assalam moga ustaz n fmili tiasa afiat rindu pada ibu bagai kenangan mendera jiwa luka yg tiada ubat
Sebak membaca coretan rindu ini. Al-Fatihah buat mak tuan blog. Memang tiada tempat bersandar yang sama bila mak dah tiada. Pengalaman berharga bersama arwah yang stak ungkin dilupakan, amat menyentuh jiwa. Stay strong!
Kita senasib 🥹
Memang itulah yg didoakan selalu, dapat berkumpul semula dgn mak ayah & keluarga di syurga kelak.
Sedih baca ni ustaz..
Alaaah saya sedih bacanya 🥹🥹. Langsung teringat mama mertua yg dah tiada, rinduuu sangat. Kalau mama kandung ada, tp tuhlaah jauh di Medan. Ketemu tak bisa sering2.
sedihnya..:( ...betapa saya sgt bertuah kerana saya masih dipinjamkan olehNya utk menikmati kasih sayang seorang ibu, so saya masih boleh menjadi anak .... saya doakan moga ustaz terus tabah...kita semua hidup mengikut qada qadarnya, di dunia nan fana
Sedih mmg sedih .. dan itulah kehidupan yg kita semua lalui sekarang.. panggilan dri mak tu adalah satu anugerah..
Post a Comment