Sahabat Sejati

Friday, 19 December 2025

Salam Jumaat: Damai dan tenang di bawah langit kelabu


Cuaca mendung pagi ini seolah-olah menghadiahkan sebuah kedamaian. Langit kelabu, angin lembut dan dingin, dan hati terasa lebih perlahan dari biasa. 

Dalam perjalanan ke tempat bertugas, aku singgah di sebuah warung kecil. Entah kenapa, aku memang suka menikmati sarapan di warung-warung kampung begini. Ada momen yang sukar digambarkan,  kesederhanaan yang menenangkan, dan rasa “cukup” yang jarang ditemui di tempat lain. 

Sekeping roti canai dan segelas teh tarik menjadi santapan di pagi Jumaat yang berkah ini. Tak mewah, tak istimewa pada rupa, tetapi cukup untuk menyusun semula niat sebelum melangkah ke hari yang panjang. 

Kadang-kadang, bahagia itu hanya singgah sebentar. Asal kita sudi berhenti, menikmati, dan mensyukuri ia sudah lebih daripada cukup. 

Selamat pagi Jumaat teman-temanku yang dikasihi. Moga langkah hari ini dipermudah, dan hati sentiasa diberi damai dan tenang.

8 comments:

Abam Kie said...

kalau di Kelantan ni Jumaat cuti. Dpt la berehat2 sekejap sebelum pi masjid utk solat Jumaat.

Ana Jingga said...

dua tiga hari lepas di kediaman kak ana hujan dari pagi ke malam, pagi Jumaat yang penuh keberkatan ni cerah cuaca dapatlah keringkan kain baju di ampaian, Alhamdulillah

Kakmim said...

Sy pun suka kedai-kedai kecil macam ni... selalunya masakannya pun lebih sedap sbb lebih kpd masakan mcm di rumah

Mznimnwr said...

warung kampung tepi jalan camni biasanya murah, dan makanannya pun sedap kan

paridah said...

assalam ustaz afiat tiasa hendaknya warung kecil modal kecil perlukan sokongan yg sudi singgah

abuikhwan said...

betul, taklah terkejar-kejar nak pi solat jumaat

Puan Hazel said...

Warung kampung nampak biasa2 tapi selalu makanannya luarbiasa.

Mama Zharfan said...

memang best dpt spent masa utk momen2 santai tenang damai gini