![]() |
'Sepeda B40 je' |
Pagi ini saya kayuh basikal lipat, bukan basikal mahal pun. Sekadar teman riadah. Jalan yang saya pilih bukan jalan besar, tapi jalan baruh di belakang kampung. Kiri kanan ada tanaman penduduk, hijau dan segar dipandang.
Saya berhenti seketika di tepi aliran air. Tarik nafas dalam-dalam, rasa lega dan puas. Suasana tenang, damai, harmoni. Bunyi burung berkicau, kokok ayam bersahut-sahutan. Semuanya buat jiwa rasa lapang.
Dalam usia begini, kenalah juga ada masa untuk aktiviti ringan. Badan perlukan peluh, perlukan gerak supaya tetap cergas. Kayuh basikal ini antara cara paling mudah, tak perlu mahal, asalkan boleh bergerak dan rasa segar.
Harap esok pagi masih berpeluang mengayuh lagi.
2 comments:
terbaik ustaz, semoga badan segar apabila keluar peluh..bangun dengan segar kala subuh hari..
assalam moga tiasa afiah sejhtra n mengayuh basikal riadah pagi
Post a Comment