Sahabat Sejati

Sunday 3 April 2022

Ramadhan 1443H - Selamat mencari taqwa!

sumber foto

 Marhaban ya Ramadhan..

Di kesempatan yang terluang, ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua pengunjung pondok kecil abuikhwan. Mudah-mudahan sepanjang Ramadhan ini kita semua sentiasa dilimpahi rahmah dan barakah. 

Dari Ubadah bin Shamit, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.” (Riwayat at-Thabrani) 

Sesungguhnya puasa Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Puasa Ramadhan adalah proses melatih kita mengawal diri. 

Kita tidak makan bukan kerana tiada makanan. Kita tidak minum bukan kerana tiada minuman. Kita tidak makan dan minum kerana mentaati perintah Allah SWT, walaupun ketika itu kita mempunyai segudang makanan dan minuman. Itulah latihan mengawal diri. 

Penuhi siang dengan kebaikan sesama manusia 

Isikan malam dengan mengharap kebaikan daripada Allah. 

Selamat mencari taqwa!

2 comments:

Syazni Rahim said...

semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua

paridah said...

Assalam moga ustaz n afiah sjhtra tiasa. Alhamdulillah b ersyukur masih berada pada bulan berkah

Post a Comment