Sahabat Sejati

Thursday 7 April 2022

Cetusan rasa: Terkenang-kenang..

[foto lama] ketika menjalani kuarantin kali ke 2 di awal penularan Covid 19

Sesekali pernah juga terfikir, sekiranya kita direzekikan hidup sehingga sampai pada masa berakhirnya wabak covid ini, mungkin ketika itu baru kita sedar sudah ramai dikalangan ahli keluarga dan kenalan baik kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. 

Saya menyaksikan berapa ramai ahli keluarga dan sahabat yang telah ‘pergi’ di masa pandemik ini. Malahan tatkala mendengar berita kematian mereka, saya hanya mampu menitip untaian doa dari jauh tanpa dapat menziarahi untuk memberi penghormatan terakhir. Semuanya gara-gara ujian musibah yang sedang kita hadapi ini. 

Teringat beberapa orang yang saya kenali, yang terpaksa ditidurkan. Rupa-rupanya tidur mereka adalah tidur yang selamanya. Pada masa yang sama juga, saya terfikir, apakah diri saya juga bakal menjadi sebahagian daripada mereka yang dijemput pergi asbab wabak ini? Mungkin gilirannya belum tiba lagi. 

Segalanya berkemungkinan belaka.

2 comments:

Warisan Petani said...

Semoga kita terhindar daripada jangkitan wabak c19 ini

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili dihat sejhtera ...wabak ini telah menewaskan ramai pasrah kita dgn tkdir-Nya semata mohon tiasa dilindungi amiin

Post a Comment