Sahabat Sejati

Monday 28 February 2022

Kuarantin lagi..

foto hiasan ~ sumber

Melabuhkan tirai Februari 2022, kami duji lagi. Bermula semalam kami sekeluarga telah diarahkan menjalani kuarantin asbab Covid 19. Salah seorang anak saya telah disahkan positif dengan simptom. Maka berkurunglah kami sekeluarga sebagaimana yang diarahkan.  

Bagi saya pula ini adalah kali ketiga terpaksa menjalani kuarantin. Cuma masanya lebih singkat berbanding dahulu, dan tidak perlu lagi memakai gelang. Dahulunya saya menyebut dengan gelang sakti kerana ia mampu menjauhkan dan menakutkan orang untuk mendekati, bahkan silap-silap boleh terbang bunga-bunga Ringgit Malaysia jika melanggar peraturan pemakaiannya.

Saya mengambil sikap bernada positif. Setiap yang berlaku pasti ada rahmat dan hikmah. Kadang-kadang ternampak kebaikan disebaliknya dan banyak pula yang tidak kita sedari. Namun, semestinya terkandung sesuatu yang menguntungkan padanya.

Tentunya asbab kuarantin ini saya dapat meluangkan masa yang amat maksimum bersama keluarga. Demikianlah saya merasakan. Maklumlah kebelakangan ini masa saya sentiasa dipenuhi dengan jadual aktiviti samada bersama Yayasan Amal Malaysia, Khidmat Malaysia maupun Yadim. 

Sekarang ini bencana banjir baru melanda negeri di pantai timur iaitu di Terengganu dan Kelantan. Nampaknya saya terpaksalah mengucap selamat jalan kepada sahabat-sahabat yang akan ke Hulu Terengganu pada hari lusa dalam misi bantuan banjir. Memandangkan tarikh tersebut saya masih di dalam tempoh kuarantin. Sedih juga.

Apa pun, saya mendoakan sahabat-sahabat saya yang akan ke sana dipermudahkan dalam menjalankan tugasan nanti.

Allahu al-Musta`an.          

2 comments:

norhidana said...

semoga anak dan keluarga ustaz diberi kesembuhan dan di permudahkan. Moga ada hikmahnya apa yang berlaku.

paridah said...

Assalam moga ustaz n fmili segera diberi kesembuhan amiin berkongsi rasa sedih tabahlah

Post a Comment