Sahabat Sejati

Sunday, 3 October 2021

Bicara santai: Desaku

“Zaman kanak-kanak…kita merasa kaki dengan tangan. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula.” (Petikan novel Memeluk Gerhana oleh Isa Kamari)

Desaku nan permai.

Kedamaiannya adalah penawar yang tidak pernah mengecewakan. Di mana lagi tempat jika tidak kampung halaman, tempat saya mencari secebis damai diri. Desa itu tempat saya dilahirkan, dibesarkan meniti hari-hari usia menuju dewasa.

Setiap kali pulang ke desa saya akan berpusing-pusing di sekeliling ceruk dan pelosok, mencari kenangan yang semakin kabur di desa tercinta. Melihat perubahan demi perubahan yang berlaku diusik pembangunan. 

Menyapa mesra pakcik-pakcik yang masih dikenali, sebahagiannya telah uzur dimamah usia. Bertemu rakan-rakan lama yang sama-sama telah bergelar bapa, mengimbau kenangan-kenangan silam yang mengusik jiwa. 

Memerhati anak-anak muda yang sedang membesar, kadang-kadang mencuit keresahan kerana ada di antara mereka yang cacat budi dan tempang bahasa walaupun jasadnya tampak sempurna.

Demikianlah, seiring peredaran masa, perubahan demi perubahan pasti berlaku dan realitinya desaku semakin berubah wajah citranya dihimpit arus kemodenan.

5 comments:

Syaz Rahim said...

rindu pula dengan suasan desa ketika baca coretan tuan

Warisan Petani said...

Wak menetap di desa kelahiran.

norhidana said...

dah setahun lebih tak balik kampung johor ni ustaz, rindunya. Rindu keluarga dikampung, rindu dengan makanan, jalan-jalan sekitar kampung

paridah said...

assalam moga ustaz n famili tiasa sihat walafiat..mengimbau nostalgia desa indah yg xpernah hilang dalam kenangan walau wajahnya kini berubah

Etuza said...

Asalam..sama kita Saudara Abu Ikwan..membesar di desa..pusingan genarasi

Post a Comment