Sahabat Sejati

Wednesday, 6 October 2021

Mari belajor loghat Pahang (6)

Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat.

Alhamdulillah, kes penularan pandemik covid-19 mencatatkan jumlah penurunan walaupun masih lagi di aras empat angka. Semalam mencatatkan jumlah kes sebanyak 8K lebih dengan negeri saya masih bertahan di angka enam ratus lebih kes. 

Justeru, marilah kita mematuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak kerajaan agar penularannya semakin menurun setiap hari. Dan dalam masa yang sama turut berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala, insya-Allah. 

Sambil-sambil itu apa kata kita layan/belajar loghat Pahang. Mudah-mudahan dapat menambah lagi perbendaharaan kata.

Contoh Ayat : Kan keh dah kabor... jangan letok kete bawoh pokok tu... ataih pokok tu banyok 'Angry Bird'... Kala kete dah besempudei dengan taik burung gini, aok toksoh pegi basuh la... aok pegi buat report polih jer, kira 'Total Loss' la kala cenggini..

 

 Contoh Ayat : Amender yak aok pandang tu weh??? Sampei ekor mencudat gitume.... Ader kucing lawo ker? Atau ader anjing seksi?..

 

Contoh Ayat : Aii Pak Aji, takkan la bebuka sampei perut mentek gini? Agok-agok la kala nok makan te.. Kala dah terbungkang gini, goner nok pegi terawih ni karang...

 

Contoh Ayat : Aok kala naik bas pegi nengok bolor kat stadium tu nanti, memolek sikit.... jangan sampai terapik kat pintu bas pulok. Dah la bas orang bagi free... takmboh berambi lalu... Malu orang kampung weh!

5 comments:

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sihat sejahtera yerk...boleh kok buat rujuke ni heh..heh..

norhidana said...

terima kasih untuk perkongsian ustaz, tapi terbungkang tu dengan terapik tu macam biasa jugak guna cuma lain sikit... terbongkang dengan terkapit hehehe

Syaz Rahim said...

new knowledge untuk saya ni, terima kasih hehe

Etuza said...

Paling seram TERAPIK tu adooi sakit tu Abu I..hehehe

Etuza said...

Betul..patuhi SOP

Post a Comment