07 April 2020. Hari ke 7 fasa ke- 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Petang ini, di serambi rumahku.
Tiba-tiba terkenangkan Ramadhan. Tidak semena-semena perasaan menjadi sayu. Apakah Ramadhan kali ini tidak akan seperti yang sebelum ini.
Tiada bazar Ramadhan, untuk kemudahan bagi yang tidak sempat menyediakan juadah berbuka. Tiada lagi amalan bertukar-tukar juadah sesama jiran.
Lebih menyedihkan lagi apabila tiada solat tarawih berjemaah di surau dan masjid serta tiada majlis berbuka dan moreh sesama jemaah. Tiada tazkirah ringkas di pertengahan tarawih, mengambil peluang dengan kebanjiran jemaah mengimarahkan bulan yang mulia ini.
Nyata berbeza sekali Ramadhan kali ini.
Allah sebaik-baik perancang. Dia yang Maha Mengetahui apa yang zahir dan apa yang tersembunyi.
Jangan berhenti berdoa.
3 comments:
Ramadhan dan syawal tahun ini pasti berbeza sangat...moga virus covid19 ini cepat hilang dari bumi kita ini
Sekarang pun dah banyak perbezaannya
Dah tak dapat solat jumaat
tak dapat berjemaah di masjid
tiada kuliah2 agama dsb
Kita hanya mampu bersabar pada ujian ini..memang terasa sedih
Post a Comment