Sahabat Sejati

Tuesday, 19 November 2019

Sabar dan redha

'masih koma'

Setiap musibah yang berlaku adalah ruang masa untuk berfikir dan bermuhasabah. Ia adalah isyarat rasa cinta Allah kepada manusia. Namun itu semua tidak mungkin kita nikmati andainya kita tidak memikirkan dengan hikmah dan mata hati. 

Boleh jadi sedikit musibah dan ujian yang mencelah-mencelah di sebalik nikmat kehidupan yang panjang adalah pengikis karat-karat dosa yang menumpuk di dinding jiwa. Semoga ianya tidak dibalas di akhirat kelak kerana telah redha di dunia ini. Moga begitu hendaknya..

"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan." (an-Nahl: 96)

5 comments:

norhidana said...

semoga di permudahkan semua, di beri kesembuhan, setiap ujian yang terjadi tanda Dia ingat pada kita

norhidana said...

dan supaya kita semakin mendekatkan diri dengan Nya...

*terpublish sebelum ayat habis...

Kak Feni said...

Ujian itu sebenarnya tanda Allah sayang. Allah rindu.

paridah said...

Assalam ustaz moga sihat sejhtera sekeluarga...siapa yg koma moga Allah segera mengurniakan kesembuhan.

Warisan Petani said...

Mudah2an dianugerahi keafiatan
In syaa Allah

Post a Comment