Assalamualaikum sahabat-sahabat dan salam Jumaat yang diberkati.
Alhamdulillah, masih diberikan keizinan untuk bersiaran setelah agak lama menyepi. Tidaklah terlalu lama, tetapi keadaan sebegini agak menggusarkan saya. Memang selepas aidilfitri tidak banyak yang dapat dicoretkan. Malahan berkunjung ke 'laman' sahabat-sahabat pun tidak dapat saya lakukan. Ini menambahkan lagi kegusaran tersebut.
Seminggu aidilfitri berlalu, saya dan rakan-rakan YAMCP mula 'bersibuk-sibuk' dengar rutin 'wajib' setiap tahun. Tidak lain iaitu program pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah di luar negara. Rentetan kesibukan tersebut saya semacam melupakan pondok kecil abuikhwan ini.
Insya-Allah, tahun ini, Sabah, India dan beberapa negara benua Afrika seperti Chad, Sudan, Uganda, Cameroon serta beberapa negara minoriti umat Islam serta beberapa negara yang ditimpa musibah mejadi lokasi pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah.
Mengikut peranncangan yang telah dimuafakatkan, dua hari sebelum aidiladha, maka berlepaslah para petugas dan sukarelawan ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Mohon doakan mudah-mudahan diberikan keselamatan dan dipermudahkan semua urusan berkaitan.
1 comments:
Semoga dipermudahkan urusan YAMCP yang mulia ini
Post a Comment