Assalamualaikum warahmatullah.
Pertama dan selamanya, segala ucapan tahmid dan takbir dipanjatkan kepada Tuan empunya dunia dan akhirat, Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk menjalani ibadah puasa di bulan barokah Ramadhan sehingga ke penghujungnya. Sesungguhnya ibadah puasa adalah satu perjalanan spiritual, mentarbiah rohani dan menguji fizikal.
Kini Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya. Berlalu meninggalkan kita semua tanpa menoleh ke belakang dan akan kembali lagi pada tahun seterusnya dengan izin-Nya. Namun yang pastinya apakah kita masih diberi peluang untuk mendakap Ramadhan yang akan datang? Allah jua yang mengetahui.
Apabila Ramadhan telah berakhir, lalu Syawal pula memunculkan diri yang disyariatkan untuk kita menyambutnya. Justeru, sambutlah Syawal ini dengan penuh kegembiraan dan keinsafan persis meraikan satu kemenangan setelah bermujahadah dan mengekang nafsu keinginan pada bulan Ramadhan.
Namun, dalam kegembiraan kita menyambut aidilfitri janganlah kita berlebihan sehingga melewati batas syariat. Sebagaimana kita berpuasa mengikut syariat kerana ia adalah ibadah, maka sambutlah aidilfitri dengan mengikut syariat, kerana ia juga adalah ibadat.
Akhir kalam, Eid Mubarak Minal Aidil Wal Faizin Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum, Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Karim. Kullu am wa antum bi Alf al-Khair...
Saudara kalian,
Abu Ikhwan dan keluarga
Kuantan, Pahang.
1 comments:
Selamat hari raya
Maaf zahir batin.
Post a Comment