Sahabat Sejati

Thursday, 5 October 2017

Misi Kemanusiaan Rohingya bersama YAMCP


Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat khas Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang (YAMCP) di pejabat utamanya di Sungai Isap Kuantan. Mesyuarat khas ini dihadiri ALP yang tinggal sekitar daerah Kuantan sahaja kerana terdahulu Pengerusi YAMCP mengeluarkan kenyataan, "ALP yang jauh tak perlu hadir, nanti kita 'update' dalam whatsapp grup.

Agenda mesyuarat khas ini adalah untuk menyusun beberapa program 'Misi Kemanusiaan Rohingya'. Fokusnya untuk mencari dana bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian. Ketika entri ini dicatat, seramai hampir 500 ribu pelarian Rohingya berlindung di Teknaf Refugges Camp, Coxbazar Bangladesh. 

Saya kira semua sudah maklum apa yang sedang berlaku kepada penduduk Rohingya di Rakhine State ketika ini. Televisyen dan tentunya di internet memaparkan perlakuan penghapusan etnik oleh regim Myanmar ke atas mereka. Bagaikan tidak terjangkau dek akal kita bagaimana perlakuan kejam dikenakan kepada mereka semua. Ramai yang menjadi mangsa, terkorban dengan cukup sadis. Manakala yang sempat menyelamatkan diri bertindak menuju ke sempadan Bangladesh.  

Sehubungan itu, beberapa NGO termasuk Yayasan Amal Malaysia melalui YAM negeri-negeri mengambil inisiatif untuk membantu meringankan beban mereka. Beberapa bentuk bantuan telah disenaraikan seperti pembinaan tubewell, agihan beras, agihan al-Quran, membina shelter, pembinaan surau, aqiqah lembu dan kambing, pembinaan tandas serta pengagihan peralatan dapur seperti cawan, pinggan, sudu, serta peralatan-peralatan yang sesuai.

Alhamdulillah, kempen kemanusiaan ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada beberapa agensi termasuk masjid dan surau, sekolah, IPT, badan-badan swasta dan lain-lain. YAMCP menerima banyak undangan mengadakan sesi penerangan berkaitan isu ini dan seterusnya melancarkan derma dan sumbangan. Kami menganggarkan sekurang-kurangnya RM60K perlu dikumpulkan untuk dibawa ke sana pada pertengahan bulan ini.

Semoga segala usaha ini diberikan taufiq oleh Allah SWT dan dikira sebagai amal ibadat disisi-Nya. Amiinn ya Rabb..  


3 comments:

paridah said...

Assalam ustaz moga sht sjhtra sekeluarga...moga usaha bantuan YAMCP kpd Rohingya Allah permudahkan urusanya. kadang kita ni nak menolong pun susah juga.

Normala Saad said...

Salam uztaz. Semoga usaha yang murni ini dipermudahkan. Saya ada tengok documentari pasal kaum ni...kesian tengok.

LYAfrina said...

Alhamdulillah.

Post a Comment