Sahabat Sejati

Sunday, 28 May 2017

Salam Ramadhan al-Mubarak 1438H


Ramadhan hadir membuka pintu seluasnya. Penghulu segala bulan dan sebaik-baik bulan di sisi Allah SWT. Tetamu istimewa ini dinanti dan disambut dengan penuh kegembiraan oleh para pencinta ibadat.

Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala (daripada Allah SWT), nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu." (Sahih al-Bukhari (II/228) Kitab As-Soum)
  
Alhmadulillah, tiada sebaik-baik tempat mengadu rasa syukur melainkan kepada Allah SWT, kerana masih terpilih sebagai hamba-Nya yang mendapat nikmat Ramadhan pada tahun ini. Ada manusia yang tidak sempat dan tidak mengetahui bahawa Ramadhan tahun lalu adalah Ramadhan yang terakhir buat mereka. Tanpa mereka sedari ajal terlebih dahulu menjemput mereka. 

Ada pula manusia yang diberi peluang memasuki bulan Ramadhan tetapi mensia-siakan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka beranggapan bulan yang istimewa ini sama sebagaimana bulan-bulan yang lain. Akhirnya setiap detik dan waktu yang ada, dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan amal ibadat. Alangkah ruginya!  

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini mampu menimbulkan keinsafan dan sifat kehambaan kepada Allah SWT. Dan yang paling utama memperolehi natijah daripada ibadat puasa ini iaitu melahirkan ketaqwaan dan keimanan yang berterusan.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1438H kepada semua sahabat khususnya pengunjung pondok kecil abuikhwan. Moga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita! 

akhukum fillah, 
abuikhwan, Kuantan Pahang

3 comments:

Nor Azimah Ali said...

Ramadhan Kareem ustaz.
Moga kita dpt istiqomah dlm beramal., direzekikan lailatul qadr, aminnn.

Kakzakie Purvit said...

Salam ramadhan juga dari kakak

Semoga seluruh anggota kita mampu 'berpuasa' sebagaimana perut kita lakukan sepanjang ramadhan ini AI.

Jgn 'berpuasa' utk beribadah pulak kan hihi..

Masih nak bergurau kakak kalau masuk sini .

paridah said...

Assalam moga sht sjhtra sekeluarga...salam RAMADAN KAREEMberuntung msh berpeluang berada di bulan penuh barokah smbil beribadah sedaya mampu.

Post a Comment