Sahabat Sejati

Tuesday 30 May 2017

Berdoalah, jangan siakannya!

foto hiasan ~ sumber

Dua petang berturut-turut hujan turun menyirak di tempat saya. Bermula sekira-kira hampir jam 5.30 petang, membawa ke santak maghrib. Tetapi bukanlah hujan lebat melainkan renyai-renyai sahaja. Alhamdulillah, sejuk serasa suasana alam. Detak-detak menerpa atap menemani kami berbuka. Hujan rahmat di bulan barakah.

Ketika berbuka puasa merupakan waktu doa mustajab untuk orang yang berpuasa. Kita digalakkan memperbanyakkan berdoa  pada waktu itu. Sesungguhnya doa berbuka merupakan saat-saat yang dikabulkan. Ini kerana ia merupakan akhir ibadah dan manusia biasanya jiwanya lemah ketika berbuka. Jika manusia dalam keadaan jiwa yang lemah dan hati yang lembut, maka biasanya hatinya lebih dekat kepada taubat dan tunduk kepada Allah. 

Namun, persoalannya bilakah waktu tersebut. Apakah ia sebelum berbuka, atau ketika berbuka, atau selepas berbuka puasa?

Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin Rahimahullahu Ta`ala apabila ditanya mengenai persoalan ini, beliau menyatakan, doa pada saat itu ialah sebelum berbuka puasa, ketika terbenamnya matahari. Ini kerana pada waktu tersebut berkumpul padanya kesempitan jiwa (kerana lapar), sifat tunduk merendah diri, dan si pelakunya pula dalam keadaan berpuasa ketika itu. Semua ini merupakan sebab-sebab terkabulnya doa. Adapun selepas berbuka, diri seseorang telah mula berehat dan gembira, dan seringkali pada saat itu diri dalam keadaan lalai.

Terdapat doa-doa daripada Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh para sahabat. Yang jelas jika kita  berdoa dengannya atau pun berdoa dengan doa yang lain yang terbetik di dalam hati ketika berbuka puasa, insya-Allah akan dikabulkan. Lantaran itu, jangan lepaskan peluang untuk berdoa dan berdoa. Sebulan masa yang Allah SWT peruntukkan untuk kita, maka rebutlah ia!

4 comments:

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz
Tempat akak ni setiap hari juga ujan.Semalam pun sejak sebelum subuh dah hujan lebat hingga ke petang pun masih ada rintik2 lagi.Selesa benar puasa dengan rahmat Nya.
Tentang doa tu akak selalu ingatkan anak2 supaya ambil peluang ini.Walaupun mereka sebelum ni dah tahu tapi takut lupa bila tergoda melihat makanan depan mata.

Nor Azimah Ali said...

Salam ramadhan ustaz, sejak petang sbl ramadhan tu smp dah 5 ramadhan ni rasanya kt tmpt saya ni sentiasa ada hujan, sejuk rasanya puasa then ni, Alhamdulillah.

Betul, jangan kita sia2kan saat2 mustajab dia ni, sayangnya kalau dibiarkan brlalu. Saya cuba masak awal supaya cpt siap dan Ada masa duduk bertafakkur sbl waktu berbuka tu.

paridah said...

Assalamustaz moga sht sjhtrajalani ibadah puasa sekeluarga..manfaaatkan waktu mustajab doa dgn berdoa

rahma shop said...

terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-bekas-jerawat/

Post a Comment