'Si Haikal turut membantu membersih dan menyusun semula buku-buku'
Benar..
Semakin hari, minggu, bulan dan tahun, masa membaca saya semakin merosot. Kesibukan masa dengan program di sana-sini , kepenatan yang ‘melemahkan’ tubuh badan serta berbagai alasan lagi yang tercipta. Sedangkan jika difikirkan alasan-alasan tersebut bukanlah sesuatu yang patut menjadi menghalang untuk membaca dan menelaah. Letaknya pada satu perkataan iaitu 'mahu'.
Petang tadi, sempat saya memberi motivasi kepada ahli keluarga (termasuk saya) supaya menjadikan hobi dan minat pada membaca. Saya kongsikan pengalaman tatkala bergulat di medan menuntut ilmu. Zaman yang terlalu banyak saya isikan dengan membaca. Saya sebutkan kepada mereka kelebihan membaca. Kesannya kepada kemahiran berbahasa, keupayaan menulis, pengetahuan am, keupayaan berfikir, otak dan sebagainya.
Saya sebutkan juga kepada mereka yang saranan membaca adalah perintah pertama daripada Allah SWT, di dalam peristiwa malaikat Jibril menyuruh Rasulullah saw dengan "Iqra'" (bacalah). Sedangkan dalam masa yang sama Allah SWT mengetahui bahawa Rasulullah tidak tahu membaca, namun diperintahkan juga. Tentunya ada sesuatu yang sangat istimewa pada membaca.
Justeru, sekarang saya cuba menyusun kembali jadual pembacaan dan memotivasi diri untuk kembali konsisten membaca. Termasuk juga keperluan menyusun masa. Untuk seterusnya, mungkin juga saya perlu bermula dahulu dengan sebuah buku yang kecil dan nipis serta ringan isinya sebagai 'tonik' perangsang.
Saya melihat kepada cabaran fenomena generasi kini yang banyak mengadap peti televisyen, komputer dan gajet, melihat paparan berwarna-warni yang bergerak-gerak dan menarik. Lantas menjadikan mereka (termasuk saya) hilang minat apabila mengadap buku yang hanya ada tulisan hitam dan paparan kertas putih yang statik.
Semoga perkongsian motivasi ini, boleh diserap oleh mereka dengan baik. Juga untuk diriku sendiri. Insya-Allah wa bi iznih (Mungkin sebagai azam memasuki 2017)
***
Iqra` adalah fi’il amar (kalimat perintah), ia tidak dijelaskan objeknya (maf ‘ul bih). Di dalam ilmu Nahu bererti bahawa perintah tersebut tidak ditujukan pada objek tertentu, akan tetapi memiliki makna yang bersifat umum. Sedangkan menurut ilmu balaghah. kalimat perintah ini tidak bersifat mutlaq, tetapi muqayyat (bersyarat). Maksudnya, perintah iqra (membaca) pada konteks ayat bukanlah membaca yang bebas nilai, tetapi harus “Dengan nama Tuhan yang Maha Menciptakan”. Inilah perbezaannya, iaitu membaca yang bernilai ibadah dengan membaca yang sia-sia.
Prof. Buya Hamka menafsirkan perintah iqra ‘sebagai berikut: “Bahawa perintah iqra’ (bacalah) menghendaki perpindahan dan pasif menjadi aktif dan diam kepada bergerak. iaitu; “Bacalah yang tertulis, sehingga pengetahuan dan keahlian bertambah. Bacalah yang ditentukan, diajarkan oleh utusan Tuhan. Sampai kamu sendiri mengerti dan yang mendengar memahami. Bacalah yang termaktub dalam rahsia alam yang beraneka warna, agar kamu menjadi sedar dan mendapat sinar iman."
Wallahu Jalla wa `Ala a`lam.
7 comments:
tidak terasa sudah mau masuk tahun 2017 bang,.... musti banyak susun rencana baru kayak nya ini...salam kenal bang
Salam istaz, moga ustaz dan keluarga sihat dlm rahmat Allah selalu.
Saya pun rasa saya amat kurang membaca buku, kalau mengadap buku tu cepatnya terasa mengantuk,..tapi bila baca blog yg berilmiah tu kira oklah juga, ada juga benda yg boleh dimanfaatkan.
Kakak pun dalam kelompok yg membaca kian mengurang berbanding sewaktu belajar dulu. Dulu dalam pada sibuk bergelumang dgn buku boleh baca buku motivasi, baca novel dsb. Sekarang ni nak habiskan satu buku makan minggu-minggu baru habis.
Haikal nak timbang buku itu ke sayang?
Hihi... boleh tahan rajin ye:)
Assalam moga ustaz sht sjhtera sekeluarga...wah banyaknya buku yg terpaksa dikemaskan tu...rajin Haiqal...kakpun membaca lebih jurang saja xboleh fokus
Assalamualaikum ustaz...betul lah akak pun rasa dah kurang sangat membaca buku tapi membaca pada gajet2 ok lagi tapi cepat mengantuk pulak...
membaca masa student ja. dah beranak pinak ni makin kurang. huhu
Post a Comment