Sahabat Sejati

Thursday, 22 December 2016

Solatullah wa salamuhu 'ala Rasulillah (19)

Sambungan daripada: Solatullah wa salamuhu 'ala Rasulillah (18), di bawah tajuk kecil: Menghirup Udara di Perkampungan Bani Saad

foto hiasan ~ sumber

Keldai betina yang ditunggangi berjalan dalam kepayahan lantaran kurus dan telah lemah sehingga Halimah dan keluarganya ditinggalkan rombongan. Walaupun lambat, sampai juga mereka di Mekah dan segera mencari bayi untuk disusukan. Setiap wanita yang ditawarkan bayi bernama Muhammad, menolak untuk menerimanya setelah dikatakan bayi itu yatim. Mereka semua memang mengharap bayi yang masih mempunyai ayah. Kami katakan, "Apa yang boleh dilakukan ibu dan datuknya?" Sebab itulah mereka tidak mahu menerima anak itu.

Setelah mencari di seluruh kota, setiap wanita dalam rombongan kami telah mendapat bayi susuan kecuali Halimah. Tatkala mereka semua telah berkumpul untuk pulang, ketika itu Halimah berkata kepada suaminya, "Demi Allah, aku tidak mahu pulang bersama teman-temanku sementara aku belum mendapat bayi susuan. Demi Allah, aku akan kembali menemui bayi yatim itu dan membawanya." Suaminya menjawab, "Tidak salah kamu melakukan itu. Semoga Allah memberi keberkatan pada kita melalui anak itu."

Halimah datang semula kepada Aminah dan mengambil Muhammad. Sewaktu itu dia tidak merasakan bebannya. Tatkala menggendong Muhammad, semua beban yang ada hilang. bayi itu dibawa menaiki tunggangannya. Bayi itu diletakkan di pangkuan dan meminta susu. Ajaib! Bayi ini tenang meminum air susu Halimah hingga kenyang. Bukan hanya dia, bahkan anak Halimah juga turut menyusu hingga mereka kenyang.

Selepas itu, kedua-duanya tidur nyenyak, padahal sebelum itu kami tidak tidur sedikit pun Suaminya mendekati unta tua dan mendapati puting susu unta itu dipenuhi air susu. Dia lantas memerah air susu unta itu sehingga mereka berdua boleh minum hingga puas dan kenyang. Malam itu, mereka sekeluarga dapat tidur nyenyak."

Pada keesokan pagi, suami Halimah berkata, "Halimah, demi Allah kamu telah mengambil nafas hidup yang penuh berkat." Saya pun membalas, "Demi Allah, memang itulah harapan saya."

"Pagi itu mereka meneruskan perjalanan pulang. Mereka mengenderai keldai betina dengan membawa bayi bernama Muhammad. Demi Allah, ketika itu keldai betina itu berjalan dengan cepat dan bertenaga, melebihi tenaga keldai jantan rombongan yang lain. Ahli rombongan lain berkata, "Hai puteri Abu Dzuaib, tunggulah kami. Bukankah itu ialah keldai betina yang kau tunggangi ketika pergi ke Mekah?" Halimah menjawab, "Demi Allah, benar. Memang ini keldai betina yang kutunggangi hari itu." Mereka terkejut lantas berkata, "Demi Allah, keldaimu sekarang sangat kuat."

"Setelah menempuh perjalanan yang sangat jauh, tiba juga di rumah masing-masing di perkampungan Bani Saad, perkampungan yang belum pernah disaksikan ada tanah yang lebih gersang daripadanya. Tatkala mereka menginjakkan kaki di rumah bersama bayi Muhammad, kambing mereka datang dalam keadaan kenyang dan penuh air susu. Mereka memerah air susunya dan minum hingga kenyang. Kambing orang lain pula, sama sekali tidak mengeluarkan setitis air susu pun.

Perkara itu membuatkan orang lain dalam rombongan kami berkata kepada para penggembala kambing mereka, "Sekarang lepaskanlah kambing-kambing itu agar bebas makan di mana sahaja, seperti yang dilakukan oleh penggembala kambing anak perempuan Abu Dzuaib." Namun begitu, tetapi tidak terjadi perubahan, kambing mereka masih juga kembali dalam keadaan lapar dan tidak bersusu, sementara kambingku pulang dalam keadaan kenyang dan dipenuhi air susu.

(Adaptasi daripada: Ar-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri, terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd) 

Bersambung...

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Oh.... kakak rasa memang kisah ini ada pada buku anak kakak AI. Bila kakak baca dan teliti memang betullah. Seronok kalau baca terus hingga habis.

Begitulah betapa terserlah ajaibnya junjungan kita Muhammad dari bayi lagi. Halimah yg menjadi ibu susuan dan keluarganya mendapat tempias dari menyusukan baginda.

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili dirahmati di bawah perlindungan Allah. Perkongsian yg bermenafaat menambah ilmu.

Nor Azimah Ali said...

Salam ustaz, moga ustaz dan keluarga dlm rahmat dan kasih sayang Allah selalu.
Allahumasallialasaidina Muhammad..kisah yg tidak jemu2 dibaca, moga bertambah kecintaan kita kpd baginda..

Post a Comment