Sahabat Sejati

Saturday, 24 December 2016

'Makan angin dengan si Haikal'

'Alhamdulillah, dah siap, boleh balik!'

Cuti hari ini. (Khamis)

Cuti bukan sebab mahu berjalan ke mana-mana, kerana yang itu pada hujung minggu. Tetapi cuti hari ini seperti biasa menunaikan temujanji anakanda Haikal di HTAA. Hari ini giliran klinik Pediatrik pula mengambil tempat. Klinik Pediatrik atau bahasa mudah klinik kanak-kanak. Sesuatu yang biasa, saya akan mengambil cuti jika ada temujanji si Haikal di hospital. Saya tidak mengambil 'timeslip' kerana tidak mahu berlaku kelam-kabut nanti. Maklumlah, tidak tahu cepat atau lambat siapnya. Jadi, baik ambil cuti sehari terus.

Selalunya saya ke HTAA dengan menunggang motosikal sahaja. Bukannya apa, sedang nak 'mencilok' ke sana kemari. Lagi satu jika ke hospital sukar juga mahu mendapatkan 'parking'. Kadang-kadang sampai dua kali pusing pun masih tidak mendapat petak kosong. Mahu meletak kenderaan 'kokse-kokdang' nanti kena saman pula. Tetapi jika hari hujan, mahu tak mahu kena jugalah memulas stering. 

Seawal jam 8.30 pagi saya dan si Haikal sudah pun tercongok di hadapan kaunter walaupun waktu berjumpa doktor pakar pada jam 10 pagi. Letak kad temujanji di dalam kotak kad temujanji, duduk di kerusi yang disediakan, menunggu nama dipanggil untuk menerima angka giliran dan seterusnya menunggu angka dipanggil untuk berjumpa doktor. Jika cepat sampai, cepatlah dapat nombor giliran.

Ramai juga orang di klinik Pediatrik hari ini (kebiasaan begitu). Mujurlah saya datang awal, jadi dapatlah nombor 8. Beginilah rutin saya sejak 11 tahun yang lalu, HTAA, IJN, termasuk juga klinik swasta jika ada masalah kesihatan yang biasa-biasa seumpama demam, batu dan selsema. Alhamdulillah, setakat ini ia tidak menjadi masalah. Lepas selesai temujanji, pergi mencicip roti telur dan air milo kegemaran si Haikal di kedai makan berhadapan masjid Negeri. Kemudian pusing-pusing sekejap dalam pusat bandar, barulah pulang. Seronok! Sudah 11 tahun kan..  Alah bisa, tegal biasa kata peribahasa lama.

3 comments:

Nor Azimah Ali said...

Salam, senoga ustaz dan keluarga sentiasa dirahmati dlm berkat, kasih sayang dan pengampunan Allah hendaknya.
Bertabahlah ye ustaz, in shaaAllah satu hari nnt anakanda haikal ni sihat dan dpt pula berbakti kpd org tuanya.,aminnn.

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz...lama juga 11 tahun ustaz dan Haiqal berulangalik ke hospital ya...dah biasa lah ya prosedur2 kat hospital.Akak baru beberapa tahun je ,dengan penyakit akak dan skg suami pula ....nmpknya kerap lah ke hospital juga hingga akhir hayat.

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sht sjhtra sntiasa...wah haiqal nampak riang setelah jalani rawatan...insyaAllah dengan usaha berterusan tanpa jemu pasti ada kebaikannya.

Post a Comment