Sahabat Sejati

Sunday, 2 October 2016

Salam Ma`al Hijrah 1438...


Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Alhamdulillah, segala puji adalah milik-Nya. Syukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk bertemu tahun baru 1438H. Pastinya dengan kesempatan ini menuntut kita melakukan muhasabah dan seterusnya melunaskan tanggungjawab serta pengorbanan kepada Islam dan ummatnya. Hayatilah semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh junjungan mulia dan para sahabat baginda yang setia.

Salam Ma`al Hijrah 1438 kepada semua sahabat yang dikasihi khususnya pengunjung pondok kecil abuikhwan. Mohon maaf atas semua khilaf dan kekurangan yang telah lalu. Moga kehadiran tahun baru ini membawa keberkatan dan semangat yang lebih gigih untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. 

Kata Imam Abu Hurairah ra.

"Setiap kali datangnya tahun baru,
Membuat daku risau dan resah selalu,
Kerana semakin singkat umurku,
Semakin dekat ajalku,
Semakin tipis pengampunan Allah terhadapku,
Dan semakin dekatnya hari perhitunganku."

Allahu al-Musta`an..

2 comments:

Normala Saad said...

Salam Maal Hijrah Abu. Semoga kita berubah kearah yang lebih baik

Kakzakie Purvit said...

Dari kakak juga salam maal hijrah AI.
Sungguh terasa kian kerdilnya diri. Apa lagi terlalu banyak rencah hidup kena lalui. Kena tahu menepis kanan dan kiri. Kena tahu menilai mana yg diredhai. Bimbang terjebak tanpa disedari.

Maaf dari kakak..

Post a Comment