Sahabat Sejati

Wednesday, 16 December 2015

Alhamdulillah, atas kegembiraan ini..(sekadar perkongsian)

Puji-pujian semestinya milik Allah SWT, selaku penguasa perbendaharaan di langit dan di bumi. Dialah al-Wahhab, yang sentiasa melimpahkan berbagai nikmat tanpa dihitung-hitung. Dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan ini, maka kita semua dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan menyenangkan. Malahan perbendaharaan disisi-Nya tidak pernah berkurang, walaupun setiap detik diagih-agih kepada makhluk yang bertebaran di atas muka bumi ini.

Katakanlah "alhamdulillah" duhai teman-teman, di atas kemurahan dan kasih sayang-Nya yang tidak pernah berkurang. Mudah-mudahan tercatat ganjaran pahala dek ulas bibir melantunkan zikir kepada-Nya. 

Alhamdulillah.

Kelmarin saya mendapat dua khabar yang menyenangkan hati. Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan saya di saat mendapat perkhabaran itu. Sujud syukur kerananya!

'Anakandaku bersama kumpulan nasyidnya, Shoutul Shabab'

Pertama, anakanda sulung telah mendapat tawaran menyambung pengajiannya ke peringkat STAM di Kuliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar, Pekan. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1941 oleh al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar dan merupakan sekolah agama tertinggi di kalangan Sekolah Menengah Agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang. Lokasi Kuliah bersebelahan Istana Abu Bakar menjadi faktor institusi ini sering mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. 

Khabar kedua. Angah Salina iaitu anakanda kedua saya yang sedang belajar di PPTI Kemaman, telah lulus dalam peperiksaan akhir peringkat Thalis E`dadie. Peratus markah yang diperolehi membolehkannya menyambung pengajian ke peringkat Thanawi di tempat yang sama. Pengajian ini mengambil masa selama empat tahun (Rabi` Thanawi).

Sebagai seorang bapa saya turut berkongsi kegembiraan mereka. Malahan lebih daripada itu saya melihat kepada harapan mereka yang hampir menjadi kenyataan. Semoga anakandaku semua terus gigih dalam mengejar cita-cita untuk menjadi pendakwah dan qudwah kepada ummah. Allahu al-Musta`an.    

7 comments:

Bunda_nora said...

Alhamdulillah.... tahniah kepada anak2 ustaz dan ustaz suami isteri juga. Sejuk perut ibu mereka yang mengandungkan, anak2 berjaya melanjutkan pengajisn, dalam bidang sgama lagi... mengikut jejak ayahnya...

Semoga mereka terus sukses dalam pengajian dan cita2 mereka, aamiin yarobbal alamin...

Bunda yang mendengarnya pun turut berasa bangga.. syabas anakanda kedua2nya...

saniahibrahim said...

Tahniah buat anak2 dan ibubapa nya juga yang berjaya mendidik anak2.Mudah2an trcapai segala cita.

saniahibrahim said...

Tahniah buat anak2 dan ibubapa nya juga yang berjaya mendidik anak2.Mudah2an trcapai segala cita.

paridah said...

asssalam...Tahniah kpg anakanda ustaz yg berjaya cemerllang dlm exam mrk. tumpang berkongsi kegembiraan ustaz...syukur alhamdulillah. anak saudara kak pun mendapat tawaran sambung belajar STAM pada awal tahun depan di Pekan juga rasanya...xingat pula nama sekolahnya.

iryantyismail said...

assalamualaikum saudara ...tahniah buat anak2 saudara

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum....
Tahniah...anak2 berjaya...semoga sentiasa menjadi penyejuk hati ibu bapa mahupun orang lain...

Nazihah@Jiha said...

Alhamdulillah, tahniah :)

Post a Comment