Ada ketikanya seakan-akan mahu rebah dengan asakan ujian kehidupan. Marah, kecewa, putus asa, pahit dan perit, semuanya melingkari segenap perjalanan. Andainya mata hati tidak menjentikkan rasa bahawa ujian adalah sang guru yang mahu mendidik jiwa, bagaimanakah mahu meneruskan kehidupan ini.
Kita banyak belajar dari kesusahan dan kesukaran. Kita juga banyak belajar ketika di dalam penderitaan. Walaupun tiada sesiapa yang mahukan kesusahan, tetapi dengan ujian kita banyak belajar sesuatu. Lantas kita berupaya memperbaiki kesilapan dan kelemahan untuk bangkit kembali. Lihatlah ujian itu adalah didikan dan proses Allah SWT sebagai wasilah meningkatkan darjat dan keimanan kita. Yakin dan percaya, bukankah Allah, Tuhan kita yang Maha Penyayang...
"Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik." (al-Ankabut: 10-11).
Allahu al-Musta`an...
2 comments:
assalam selagi hidup ujian-Nya tidak pernah habis...hanya perlu bersabar n redha pasti ada hikmah disebaliknya...insya Allah..
Benar, ujian sentiasa berkeliling dalam kehidupan, bahkan kehidupan itu sendiri adalah ujian...tatkala diuji barulah kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri...
Post a Comment