Soalan:
Saya ingin mengetahui mngenai mimpi berjumpa Rasulullah saw. Bagaimana orang sekarang boleh mengetahui itu adalah Rasulullah, sedangkan tiada sesiapa pun di zaman ini pernah menemui Rasulullah secara `live`. Ertinya tiada sesiapa pun mengenal baginda, bagaimana boleh didakwa itu Rasulullah? Mohon bantu hilangkan kekeliruan saya.
Jawapan:
Mimpi bertemu Rasulullah saw adalah mimpi benar dan wajib dipercayai bahawa mimpi itu adalah benar.
Rasulullah saw bersabda (mafhumnya): “Sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia telah melihat daku. Sesungguhnya syaitan tidak berupaya untuk menyerupai daku, apabila dimimpikan dalam tidur seseorang.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)
Hadis sebegini, amatlah banyak. Semuanya sahih, malah ada hadis (mafhumnya): “Sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka dia akan bertemu dengan aku secara sedar (yaqazah) dan syaitan tidak boleh menyerupai aku di dalam mimpi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga hadis (mafhumnya): “Sesiapa yang melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia melihat yang benar (haq).”
Al-Qadi `Iyaadz menyebut, beliau menukilkan daripada ulama muktabar, katanya:
“Allah mengkhususkan mimpi yang benar, hanya mimpi bertemu Rasulullah saw, kerana Allah menjaga kekasihnya, dari ditiru oleh musuh Allah (syaitan) untuk menyesatkan manusia.
Al-Imam an-Nawawi dalam syarah Muslimnya, ada menyebut:
“Mimpi berjumpa Rasulullah adalah mimpi benar, sama ada di dalam keadaan Rasulullah benar-benar dalam kenabiannya ataupun tidak.”
Menurut ulama muktabar, sesiapa yang bermimpi berjumpa Rasulullah saw dalam apa keadaan sekalipun , maka ia telah benar-benar menemui Rasulullah saw.
Adapun tentang bagaimana mengenalinya, sedangkan tidak pernah orang zaman ini bertemu dengan Rasulullah saw secara `live`, maka boleh dijelaskan dengan berbagai cara:
i) Orang yang bermimpi itu mendapati dirinya berada benar-benar di zaman Rasulullah. Iaitu pada suasana ketika itu, dengan bangunan lama, binatang-binatang peliharaan unta, kambing berkeliaran. Orang ramai berpakaian Arab, berpusu-pusu menanti Rasulullah saw yang akan keluar dari masjid atau rumah. Semua mengetahui dan bermimpi pun mengetahui dan yakin Rasulullah akan keluar menemui mereka. Lalu berlaku sungguh-sungguh Rasulullah keluar.
ii) Bermimpi bersama rombongan Rasulullah saw ke medan perang atau mengerjakan haji atau umrah. Atau bersama dalam satu misi dakwah yang Nabi saw sendiri mengetuainya. Semua dalam rombongan itu mengenali bahawa di hadapan mereka adalah Rasulullah. Dengan hati yang amat yakin bahawa itu adalah Rasulullah saw.
iii) Bermimpi Rasulullah sedang bertazkirah di hadapan orang ramai. Dalam suasana yang benar-benar diyakini di dalam hati bahawa itu Rasulullah sedang berbicara dan anda berada di dalam jemaah itu, tetapi tidak jelas butiran apa yang diperkatakan, tetapi itu adalah Rasulullah saw.
iv) Bermimpi seorang lelaki hebat, penuh beradab sedang berjalan di hadapan, di belakangnya sahabat-sahabat ramai. Orang yang bersama dengan anda mengatakan, “Itu Rasulullah, itu Muhammad Rasulullah, itu Muhammad Habibullah.”
v) Yang bermimpi berhadapan-hadapan dengan Rasulullah dalam satu suasana yang benar-benar diyakini itu adalah Rasulullah dan anda mengadap serta berhadapan dengannya.
Dan banyak lagi yang menunjukkan bahawa mimpi itu adalah Rasulullah yang benar-benar diyakini tanpa sebarang keraguan. Wallahua`lam.
Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din
4 comments:
Subhanallah, betapa besarnya keinginan setiap umat islam untuk bisa bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW
http://handlerpedia.blogspot.com
assalamualykum. maaf ya, niat saya baik saja mahu tny ni ya (: dulu masa saya ting 3, saya pernah bermimpi jumpa Rasulullah, masa tu saya tertidur masa maghrib, dlm mimpi tu, suasananya ada rumah2 kecil warna2 pasir, masa tu tiba2 mcm ada perang. ada seorang lelaki selamatkan saya. saya tidak lihat muka. tapi berjubah putih. katanya, saya Rasulullah. saya tidak menjawab, diam sahaja. terus terbangun. kemudian, saya selalu bermimpi azan ketika angin kencang, tapi selalunya saya tak dapat habiskan azan, suara tsekat, sehinggalah ada lelaki bjubah puth berada di sebelah sy, baru dapat teruskan azan. apa pendapat tuan? saya benar2 rindu mimpi2 itu. kenapa ya sy x dpt mimpi begitu sudah? :(
bagaimana pula org yg mengatakan walaupun syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah, tetapi boleh menjadi diri orang lain dan mengaku dirinya Rasulullah? adakah ini benar?
Post a Comment