Sahabat Sejati

Wednesday 15 December 2010

Cover your AURAT CAMPAIGN

Terima kasih kepada saudari Aleasara Yang telah sudi berkongsi`Cover your AURAT CAMPAIGN` ini. Ianya telah dianjurkan oleh saudara Asyfiqaz. Alhamdulillah satu kempen kesedaran yang amat baik. Semoga kita semua beroleh kebaikan dari-Nya.



KEMPEN menutup aurat. Apa yang anda rasa jika ayat ini menerjah di minda. Anda bersetuju, atau tidak mahu mengambil tahu kerana anda ada banyak kerja lain yang hendak dibuat? Atau anda rasa terganggu kerana itu hak masing-masing, human right?

Mengapa mesti menutup aurat. Adakah dengan menyuruh menutup aurat atau menggalakkan bertutup litup dianggap menceroboh private life seseorang? Ada juga yang berkata, "Kenapa mesti memakai tudung, sedangkan Tuhan yang menciptakan rambut kemudian disuruh tutup pula, tak masuk akal..." sinis sahaja bahasanya skeptik pun ada. Bagaimana mahu menerangkan kepada mereka yang begini, tidak perlu menyalahkan mereka. Mungkin mereka ada masalah yang tersendiri, kejahilan, masalah keluaraga atau kehidupan silam. Oleh itu mari kita ambil pendekatan menerang bukan menyerang. Kita hulurkan tali bukan libas dengan cambuk api.

Buah akal dan logik, kerap memeningkan kepala

Rasanya jika disuapkan dengan nas al-Quran dan hadis belum tentu dapat diterima, kerana persoalan pokoknya belum selesai. Seumpama ada orang berkata untuk hidup ceria hendaklah senyum setiap pagi. Mana mungkin seseorang boleh menguntum senyum setiap pagi tanpa bersebab.

Justeru itu, untuk menyelesaikan masalah aurat ini kita kena kembali kepada persoalan pokok iaitu matlamat hidup. Setiap manusia pasti mempunyai matlamat hidup, kerana dengannya dia dikatakan mempunyai impian cita-cita. Adakah sesiapa yang tidak mempunyai matlamat hidup.

"Aku hidup sekadar ini sahaja, makan, minum, bekerja, berlibur. Sampai ajal mati jadi tanah." Itu sahaja. Jika ditanya pula apakah malamat hidup anda, mungkin ada yang menjawab.

"Saya mahu menjadi jutawan, income RM15K sebulan."

"Aku mahu hidup senang tiada masalah, pergi melancong ke mana-mana."

"Saya mahu beli kereta besar, rumah besar dan bermacam-macam besar lagi."

Adakah itu dikatakan matlamat hidup. Mungkin "ya" bagi sesetengah orang, tetapi itu bukanlah matlamat yang hakiki. Lihat berapa ramai yang telah memiliki semua itu tetapi hidup masih kosong dan samar. Berapa ramai yang mencapai puncak kehidupan yang didaki tetapi masih lagi berkata, "Apa yang aku cari dalam hidup ini?"

Apakah matlamat hidup kita? Semuanya sudah terjawab di alam roh dahulu.

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku," (adz-Zariyaat: 56)

Ya, inilah matlamat hidup kita, menghadirkan rasa bertuhan di dalam diri. Rasa bertuhan mestilah setiap masa dan ketika, tunduknya, patuhnya dan taatnya bukan sekadar di atas tikar sembahyang atau di dalam masjid. Bukan sahaja, keluar dari masjid "bye-bye Tuhan". Bukan begitu.

Jika konsep rasa bertuhan, rasa dimiliki dan rasa seorang hamba boleh diterima, maka persoalan menutup aurat tidak lagi menjadi masalah.

Satu analogi

Kita perhatikan bagaimana 'trend' sesebuah organisasi, jabatan, malahan restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' atau etika berpakaian tertentu bagi kakitangannya. Ianya pasti bertujuan untuk menjaga standard bagi organisasi tersebut. Contohnya, kita tidak akan dapat melihat individu yang berselipar jepun atau berkain pelikat di sebuah persidangan antarabangsa seperti PBB, WHO dan sebagainya. Semuanya menjaga standard.

Jika sesuatu organisasi mempunyai standard yang sedemikian, apatah lagi Islam yang merupakan satu agama dan cara hidup yang profesional, tentunya mempunyai standard yang lebih lengkap bagi mengatur kehidupan manusia. Islam tidak menolak fesyen kerana memang fitrah manusia untuk bergaya dan kelihatan menarik, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh Islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

Justeru itu marilah kita mencelikkan pandangan hati untuk mencari kebenaran. Kita datang dari-Nya maka sudah pasti Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap perintah dan larangan ada hikmah yang kadang-kadang kita mengetahuinya dan banyak pula yang kita jahil terhadapnya. Oleh itu marilah kita hadirkan rasa dimiliki kerana Dia yang memiliki, kitalah hamba, Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa.

Katakan Tak Nak!
Setiap selakan mengundang dosa
Anda mampu mengubahnya!

Seterusnya saya meng`tag` sahabat saya untuk sama-sama menyokong kempen ini. Harap-harap mereka suka...


Seeru `ala barakatillah

5 comments:

WanitaMustanir said...

kenapa perlu ada kempen menutup aurat?? sejak nas al-QUran tuh jelas..syurga dan nerak juga pasti..

dari kecil kita diajar menutup aurat dan jawapannya hanya 2, nak ATAU taknak.. itu saje..

selagi pemikiran umat Islam tidak didasarkan pada akidah Islam yang benar, bukan ditunjangi akidah sekular kapitalis maka berapa byk kempen pun pasti takkan berjaya..

jemputlah baca entri baru,
Extreme desire for Shopping Online until I satisfied.. di shirashafrida.blogspot.com

WanitaMustanir said...

edited:

kenapa perlu ada kempen menutup aurat?? dalil nas al-Quran tuh jelas..syurga dan neraka juga pasti..

dari kecil kita diajar menutup aurat dan jawapannya hanya 2, nak ATAU taknak.. itu saje..

selagi pemikiran umat Islam tidak didasarkan pada akidah Islam yang benar, bukan ditunjangi akidah sekular kapitalis maka berapa byk kempen pun pasti takkan berjaya..

abuikhwan said...

Benar,saya bersetuju tetapi kadang-kadang kehidupan seseorang berbeza mungkin ada yang tidak seperti kita yang di didik dengan akhlak Islam sejak kecil, kempen ini hanyalah sekadar sumbangan kecil dalam mengajak kepada kebaikan.

Kadang-kadang kita mahu orang berfikiran sama seperti kita. Kalau kita fikir A orang lain mesti A tanpa mengetahui keadaannya, kalau
tidak seperti kita bukan kita....kekitaan.

Mohamadazhan.com said...

kempen menarik untuk generasi muda :)

abuikhwan said...

bersetuju...

Post a Comment