Sahabat Sejati

Friday 26 May 2017

Rehat Minda: Pesan Murabbi 98

Salam Jumaat.


"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi samada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.

Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang. Dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya. Kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.

Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..."

~Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~

2 comments:

Normala Saad said...

Eluklah kita penuhi hidup ini dengan amalan soleh dengan kedatangan bulan yang mulia bulan Ramadhan. Selamat berpuasa buat Abu sekeluarga.

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sht sjhtra...salam Ramadan kareem..sucikan jiwa dgn amalan mulia dibulan yg penuh keberkatan ini

Post a Comment