Sahabat Sejati

Saturday, 18 April 2015

Taman Syurga: Kuliah Ilmu bersama Ustaz Dato` TITM


Assalamualaikum warahmatullah.

Sabda Rasulullah saw: “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya para Malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha atas apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya orang yang berilmu benar-benar dimintakan ampun oleh penghuni langit dan bumi, bahkan oleh ikan-ikan yang berada di dalam air.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 3641), Tirmidzi (no. 2682), Ibnu Majah (no. 223), Ahmad (V/196), Ad-Darimi (I/98), Ibnu Hibban (88 – Al-Ihsan dan 80 – Al-Mawarid)

Kepada semua yang berdekatan dan berkelapangan, dijemput untuk bersama memeriahkan majlis ilmu yang akan disampaikan oleh pendakwah yang tidak asing lagi, al-Fadhil Ustaz Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man. Jadualnya adalah seperti berikut:

# Kuliah Maghrib
18 April 2015 (Sabtu)
Masjid Tg Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota.

# Kuliah Subuh
19 April 2015 (Ahad)
Masjid Taman Balok Makmur.

Jom semarakkan majlis ilmu!

3 comments:

iryanty ahamad said...

asalamualaikum..beruntungnya tempat saudara..sentiasa ada majlis ilmu...yan tengok majlis ilmu di tv9 aje :-))

paridah said...

ASSALAM...JGN LEPASKAN PELUANG BERADA DLM TAMAN2 SYURGA INDAH DIMJLIS ILMU...

webctfatimah said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Abu Ikhwan... suka menghadiri majlis ilmu akan menjadikan hidup kita lebih bermakna dan terpimpin baik. Mudahan kebaikan itu nanti akan tersebar kepada mereka yang tidak dapat hadir. Salamsejahtera dari Sarikei, Sarawak.

Post a Comment