Sahabat Sejati

Tuesday, 23 June 2020

Berpada jangan terpedaya

Sifat Qanaah bukannya bererti menolak apa yang tiada atau menghalang apa yang akan ada, namun ianya adalah harus bermula dengan sifat berpada dengan apa yang telah ada. 

Dunia, pangkat, harta dan kedudukan jika hanya dilihat kiri dan kanan belakang dan depan, nampak hebat dengan segala kebesaran dan perhiasannya, tidak berpenghujung dan tiada jua bersempadan. 

Manusia apabila terbang ke angkasa, bumi dirakam semakin mengecil dan akhirnya hilang pada pandangan. Demikianlah insan di kala memanjat mencari redha Allah Jalla Wa Ala, semakin tinggi maqam iman dan taqwanya, maka dunia dipandang semakin mengecil dan kerdil bagi dirinya. 

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda:

لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ 
"Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekai tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat."
(Muttafaqun ‘alaih. riwayat Bukhari no. 6439 dan Muslim no 1048 ) 

Qana'ah insan yang membawa sejahtera dan menyelamatkan.

Tuesday, 16 June 2020

Istighfar malaikat untuk manusia

Kelebihan lafaz Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar disebut Nabi saw dalam sabdanya:

 - عن ابنِ مسعودٍ أنَّه قال: {مَن قال: سُبحانَ اللهِ والحمدُ للهِ واللهُ أكبَرُ، تلَقَّاهُنَّ مَلَكٌ فعرَجَ بهِنَّ إلى اللهِ تعالى، فلا يمُرُّ بمَلإٍ مِنَ الملائِكةِ إلَّا استَغفَرُوا لقائِلِهنَّ، حتَّى يجِيءُ بهِنَّ وَجْهَ الرَّحمنِ.}. رواه الإمام الذهبي، بإسناد كل رواته ثقات، وصححه الألباني.

Daripada Abdullah ibnu Masoud: "Barangsiapa yang berkata: Subhanallah dan Alhamdulillah dan Allahu Akbar, maka 3 kalimah ini akan disambut oleh satu malaikat yang akan membawa naik lafaz ini kepada Allah, dan tidaklah lalu di hadapan para malaikat yang lain melainkan mereka itu akan memohon pengampunan kepada orang yang melafazkannya, sehinggalah dipersembahkan pada Allah" 

Tingginya nilai 3 perkataan itu sehingga malaikat terus membawanya kepada Allah. Bertuahlah insan yang meringankan lidahnya untuk menyebut kalimat ini kerana Malaikat memohon keampunan Allah terhadapnya. Kalau kita didoakan insan dirasakan sangat bertuah, inikan pula doa para Malaikat.

Malaikat adalah makhluk Allah yang terpelihara sebarang daripada dosa dan sentiasa patuh dalam mengerjakan perintah Allah SWT. 

Friday, 12 June 2020

Sunnah puasa enam Syawal

Antara sunnah yang dituntut untuk dilakukan dalam bulan Syawal ialah puasa enam. 

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Ayub Al-Ansari ra, Rasulullah saw bersabda: 

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال، كان كصيام الدهر
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa 6 hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun". 

Dalam hadis disebut ثم 'thumma' menunjukkan puasa enam boleh dijarakkan, bukan terus dibuat pada 1 Syawal yang diharamkan atau 2 Syawal, tetapi boleh pilih mana-mana hari untuk mula berpuasa. 

Perkataan من 'min' pula menunjukkan boleh untuk puasa enam itu tidak berturutan selagi mana masih dalam bulan Syawal. 

Dalam tempoh pergerakan kita yang terhad dan terkawal, satu norma baharu berbanding kebiasaan kita menyambut Syawal sebelum ini. 

Tiada lagi jemputan rumah terbuka, aktiviti ziarah menziarahi juga terhad. Dari sudut positifnya, inilah masa yang terbaik untuk kita rebut kelebihan puasa enam di bulan Syawal. 

Hukum hakam yang berkait dengan puasa 6 Syawal. 

1. Boleh berpuasa secara berturut-turut atau selang seli sepanjang Syawwal. 
2. Boleh dahulukan puasa 6 sebelum melakukan puasa qadha'. Pendapat ini lebih ringan berbanding pendapat yang melarangnya. 
3. Diniatkan Qadha' mendapat pahala puasa sunat 6. Mengikut pandangan setengah ulamak. 
4. Boleh diniatkan dua2 sekaligus pada pandangan setengah ulamak. 
5. Puasa 6 boleh diqadha' mengikut pandangan setengah ulamak. 

Ringkasannya daripada perbahasan ulamak berkenaan dengan puasa 6 ialah, yang terbaik lakukan ikut kemampuan kita. Semoga sentiasa bersemangat dalam melakukan ibadat dan sentiasa melihat ada peluang untuk melakukannya