Pagi ini cuaca agak dingin
Bumi basah dengan titisan rahmat. Hujan renyai-renyai jatuh lembut, seakan mendodoi hati yang sedang buntu. Udara terasa dingin, namun fikiran tidak pernah sedingin itu, ia berkecamuk, berombak bagai laut yang tidak berhenti.
Di celah renyai hujan, hadir pula sebuah berita yang menusuk kalbu. Dua sahabat akrabku, yang bersama dalam pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, telah ditahan oleh rejim IDF. Khabar itu bagaikan kilat menyambar, membuatkan dada terasa sempit dan mata berkaca.
Mereka berangkat dengan hati yang penuh ikhlas, membawa amanah umat, membawa doa dari sekian ramai. Namun di tengah samudera perjuangan, mereka dirantai oleh kezaliman. Ah, hati ini resah, tetapi keyakinan tidak pernah padam, kerana kita tahu, di sebalik segalanya, ada Allah yang Maha Berkuasa.
Hasbunallah wa ni‘mal wakil. Cukuplah Allah sebagai tempat pergantungan, sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, aku tadahkan doa. Semoga mereka dan rakan-rakan yang lain dilindungi, dibebaskan, dipeluk oleh rahmat dan kekuatan dari langit. Semoga langkah kecil mereka di lautan menjadi saksi besar di hadapan Allah, bahawa perjuangan untuk kebenaran itu tidak pernah sia-sia.
Ya Allah, Engkau yang memegang segala takdir. Engkau yang menguatkan hati-hati yang berani. Lindungilah mereka. Angkatlah doa umat ini untuk kemenangan mereka.
11 comments:
Aamin YRA...
moga berkat hari Jumaat, semua peserta dalam keadaan selamat dan di bebaskan daripada tahanan...
Semoga Allah selamatkan semua peserta Sumud Flotilla dari kejahatan Israel.
Allahul musta'an. Moga semua peserta berada di bwh lindungan Allah
Semoga Allah sentiasa melindungi peserta SUMUD. Dah berapa hari tengok update & berdoa.
Allahumma aminn
amiin ya Rabb
Allahumma amiin
amiin ya Rabb
sama2 kita berdoa agar mereka berjaya kembali dgn selamat ke tanah air. Aamiin...
Sedih sangat....dah la orang Palestin tertunggu-tunggu bantuan tiba. Tak juga kunjung tiba. Dengar ada kapal yang disiram air dan minyak juga oleh tentera Zioni*. Moga mereka semua selamat balik ke tanahair masing-masing.
Semoga Allah SWT memelihara semua yang terlibat dalam misi ini dan memberkati setiap titis usaha mereka. Amin.
Post a Comment