Sahabat Sejati

Sunday, 22 August 2021

Kali kedua

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, bertemu lagi sahabat-sahabat di alam maya ini. Lama juga tidak mencoret sesuatu di laman ini. Hasrat keinginan memang mengharapkan pertemuan setiap hari. Apakan daya, mahu dan mampu seringkali tidak beriringan.

Semalam saya dihubungi oleh pihak Kementerian Kesihatan agar hadir menjalani ujian swab secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan. Ianya berikutan telah disahkan menjadi kontak rapat pertama kepada seorang pesakit covid-19 yang juga rakan saya.

Pagi tadi saya telah ke sana untuk melakukan ujian swab tersebut. Seperti biasa selepas ujian swab tersebut, lalu dipakaikan gelang sebagai tanda. Kali ini gelang berwarna merah jambu pula, sekaligus diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama dua mnggu. Ini adalah kali kedua saya menjalani kuarantin. Kali pertama pada bulan Mei yang lalu.

Insya Allah, dalam masa empat hari lagi keputusannya akan diperolehi. Samada positif atau negatif. Mohon doa daripada sahabat semua, mudah-mudahan keputusannya baik-baik sahaja. Allahu al-Musta`an.

4 comments:

Syaz Rahim said...

Semoga baik-baik saja untuk tuan, harapnya negatif

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sht sjhtra tiada masalah selamat semua..kuarantin skjp xngapa norma baru kan

norhidana said...

semoga negatif keputusannya ustaz, moga selamat dan dipermudahkan semuanya ya

Etuza said...

Allah hu akhbar..harap hadapi dengan tabah..banyakkan fikir yang baik2 ya..apapun hal ni dah berlalu

Post a Comment