Sahabat Sejati

Thursday 10 December 2020

Memakai tangkal untuk menghalang kejahatan

foto hiasan ~ sumber

Soalan:

Bolehkah mengunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia? 

Jawapan:

Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah saw telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah SWT menghindari dari sesuatu yang tidak diingini. 

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mafhumnya, "Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.

"Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah saw, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya. 

Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan. 

Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, "Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah SWT untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. 

Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, 

1- mencegah daripada keburukan yang lebih besar

2- menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas

3- membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya"

Wallahua`lam.

5 comments:

norhidana said...

Teringat masa dana kecik biasa nampak bayi kecik dipakainkan tangkal berupa kain hitam atau yg seperti digambar. Nasib la family dana tak pernah percaya atau pakaikan kat kami.
Tapi nya zaman sekarang ni pun ramai yg masih percaya, tak sangka

saniahibrahim said...

Terimakasih perkongsian nya.

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sihat sejhtera...insyaaAllah xamalkannya

PeRdU cINta said...

Moga ini menjadi pedoman kepada kita semua. Terima kasih ustaz atas perkongsian.

TukangKebun said...

Sekarang ni dah jarang nampak bayi diberikan tangkal macam dulu2. Masyarakat kita pun dah mula mendalami Islam.

Post a Comment