Sahabat Sejati

Wednesday 26 February 2020

Dah masuk Rejab!

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya`ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Subuh tadi imam masjid di tempat saya membacakan doa ini.

Allahu.. Rupa-rupanya sudah pun masuk bulan Rejab. Diam tak diam hari ini sudah tanggal 1 haribulan. Saya sendiri pun tidak perasan jika tuan imam tidak membaca doa tersebut pada subuh hari tadi.

Itulah, asyik sangat melayani isu politik semasa yang agak hangat suhunya sehari dua ini. Sangat menarik apa yang berlaku. Tidak perlulah saya mengulasnya kerana sahabat-sahabat juga telah maklum akan kondisinya. 

Apa pun saya mengharapkan agar semuanya dalam keadaan baik tanpa berlaku ketegangan yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Masuk sahaja bulan Rejab, ia bermakna lebih kurang enam puluh hari lagi kita semua akan bertemu dengan Ramadhan yang diberkati. Demikianlah harapan dan doa yang dipanjatkan, moga bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. Insya-Allah.

Berbalik kepada bulan Rejab. sebenarnya tiada satu hadis khusus yang sahih menceritakan tentang kelebihan pada bulan Rejab atau malam-malam tertentu bulan tersebut serta amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan berkenaan.

Namun, para alim ulama sangat menggalakkan dan menekankan kepada kita untuk beramal. Kita perlu perbanyakkan amalan pada bulan Rejab supaya ia menjadi latihan terbaik sebelum kita masuk bulan Ramadan.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah: Berpuasa, memperbanyakkan bersedekah,  memperbanyakkan membaca al-Qur’an,  memperbanyakkan berzikir dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

Selamat beramal!

2 comments:

Etuza said...

Asalam sejuk membacanya ustaz..baru bangun ni..rasanya agak terkejut tengah malam kentuk pintu maya, awal tidur nah nilah buka pic.alamak.Blog ni pertamaku baca..Subahanallah. InshaAllah nak beramal banyak2 di bulan rejab

norhidana said...

sekejap je dah nak sampai ramadhan, moga kita dapat lah merasai ramadhan tahun ini ya Ustaz

Post a Comment