Sahabat Sejati

Monday 14 August 2017

Sibuk sangat, kan dah kena!

Allahu rabbi. 

Bagaimana saya boleh terlalai. Sibuk dengan beberapa urusan menyebabkan saya benar-benar terlupa. 

Benar, bermula Ramadhan yang lalu hinggalah sekarang saya dihimpit kesibukan yang amat. Buktinya boleh dilihat pada jumlah entry yang di'post' pada pondok kecil abuikhwan ini. Tidak sampai sepuluh entry sebulan, dan tentunya ini amat mengecewakan saya. 

Bulan ini saya dan rakan-rakan sibuk dengan menguruskan pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah, termasuk juga badal haji. Ia adalah program tahunan NGO kami, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang. Mengurus dan mengemaskini pendaftaran peserta-peserta yang ingin melaksanakan ibadah tersebut, menguruskan pembelian haiwan qurban serta sukarelawan yang akan ke negara-negara yang termasuk dalam senarai pelaksanaan qurban dan aqiqah. 

Dek kesibukan itulah dan beberapa kesibukan lain, menyebabkan saya terlupa akan sesuatu yang amat penting. Dan hari ini saya disedarkan dan 'dihukum' akibat kelupaan tersebut. Mujur juga tersedar hari ini. Tetapi cara 'sedar' tersebut yang tidak berapa cantik. Tak apalah, tentu ada hikmah kebaikannya, kata hati saya memujuk.  

Kena dah!

"Tengok lesen yang baru.." pinta anggota polis trafik yang menahan saya di sekatan jalan tengahari tadi.

"Allah..." 

Sungguh terkejut kerana lesen memandu saya sudah pun tamat tempoh. Bukan sehari dua, tetapi hampir sebulan. Maknanya hampir sebulan  saya memandu dan menunggang dengan lesen yang sudah 'mati'. Apa nak dikata, nasi sudah menjadi bubur. Jika tahu lesen sudah tamat tempoh tentu saya tidak melalui jalan tersebut tadi, setelah melihat kenderaan yang berbaris serta beberapa buah motosikal yang berpatah balik melawan arus. Biasanya memang ada sekatan jalanrayalah jika begitu hal keadaannya.

Saya pula dengan selamba melalui sekatan, kemudian dengan selamba menghulur lesen memandu setelah diminta untuk menunjukkannya. Muka 'confident' je. Sehinggalah terkedu sejenak apabila ditegur oleh anggota polis trafik yang bertugas.

"Sudah sebulan lesen ni mati..." katanya.  
 
"Alamak, kena dah.." di dalam hati. 

Terima sahajalah apa yang berlaku. Dengan bergayanya saya menandatangani surat saman dan menunggu-nunggu hari yang sesuai untuk membayar kompaunnya...
  

4 comments:

paridah said...

Assalam moga sht sjhtera sekeluarga...kita ni memang pelupa...sbb dek lupa reda je terkena jerat xpernah lupakan pelanduk heh..heh..

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz
Yalah dah sibuk memang lah kita mudah lupa benda2 penting ni...tapi masa nak melepasi roadblok boleh pulak ustaz selamba ya...hihii.Takpe anggap itu sebagai pengajaran .

Normala Saad said...

Saya pula selalu lupa bila sampai tarikh..tapi sebelum tu ingat sangat...berlegar-legar dalam kepala ingat..tarikh harijadi lah selalunya...

Nor Azimah Ali said...

Assalamualaikum ustaz,semoga ustaz sekeluarga sihat sejahtera hendaknya.

Biasa tu bila dah sibuk sangat. Nak buat camane lagi kan, terimalah dgn redha, moga jadi peringatan tak terlalai lagi buat masa akn dtg.

Post a Comment